Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKamil: Terdesak punca pembangkang mainkan isu tukar kerajaan

    Kamil: Terdesak punca pembangkang mainkan isu tukar kerajaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, mengingatkan pelbagai kesan negatif yang mungkin berlaku pada ekonomi jika pembangkang terus memainkan isu pertukaran kerajaan di luar pilihan raya.

    Katanya ketika ini negara berada di landasan yang terbaik sehingga mendapat keyakinan pelabur asing.

    “Kestabilan politik penting bagi memastikan ekonomi negara dapat dipacu dengan baik. Negara kini berada pada landasan terbaik jika dilihat dari indikator ekonomi semasa.

    “Meskipun isu ini dimainkan sejak awal tahun, kita menyaksikan peningkatan pelaburan yang signifikan menunjukkan mereka yakin kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Menuru Kamil disebalik pelbagai usaha dibuat pembangkang untuk menjatuhkan Anwar, kerajaan perpaduan tetap stabil dan masih mengekalkan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.

    Justeru dalam keadaan itu katanya pembangkang patut memainkan perananan sebagai ejen semak dan imbang terhadap dasar oleh kerajaan.

    “Motivasi utama mereka (pembangkang) ialah untuk menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekalipun, lalu terus bermain dengan persepsi, tapi sebenarnya tiada tawaran polisi yang jelas, yang ada cuma fitnah dan adu domba.

    “Pembangkang seharusnya memainkan perananan sebagai agen semak dan imbang, bukan (sibuk) mencatur langkah sumbang,” katanya.

    Tegasnya, kerajaan hari ini menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah rakyat dan pada masa sama berusaha memulihkan ekonomi negara.

    Dalam keadaan begitulah, kata Kamil, pembangkang berterusan cuba menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat.

    Dakwa Kamil pembangkang terdesak untuk terus memainkan persepsi memburukkan kerajaan kerana sedar hanya dengan cara itu mereka dapat memulihkan sokongan yang kian merosot.

    “Ini adalah satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab,” kata Kamil yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PKR.

    ALSO READ:  UK PM Sunak breached parliament's code of conduct inadvertently - watchdog

    Bagaimanapun, Kamil mengakui isu pertukaran kerajaan yang didendangkan PN sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi negara.

    “Sebab itu saya kata mereka tidak bertanggungjawab… terus bermain sentimen tetapi di parlimen tidak pernah bangkitkan (soal keabsahan perdana Menteri).

    “Secara peribadi, saya percaya ada dalam kalangan ahli parlimen pembangkang sedia beri sokongan kepada Anwar untuk mengangkat agenda Madani.

    “Cumanya, mungkin mereka tak boleh berbuat demikian kerana harus walak kepada pimpinan serta menghormati disiplin organisasi (parti),” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts