Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 30, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondo - polis

    Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 21 kondo – polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di Serdang pada Rabu lepas.

    Ketua Polis Daerah Serdang ACP AA Anbalagan berkata mangsa merupakan warga Yaman dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

    “Pengawal keselamatan itu melihat baju dalam kolam renang sebelum menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Anbalagan berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.22 petang hari yang sama.

    Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.

    “Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu,” katanya.

    Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts