Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKanak-kanak maut dihempap runtuhan dinding rumah

    Kanak-kanak maut dihempap runtuhan dinding rumah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dihempap runtuhan dinding rumah yang sedang dalam proses pembinaan di Kampung Padang Lalang, Tawar, dekat Baling semalam.

    Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata ketika kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Sholehhuddin dan adiknya, Wan Mohd Baihaqi, 4, sedang bermain di belakang dapur sebuah rumah yang dalam proses pembinaan.

    “Ibu mangsa yang sedang memasak di dapur beberapa kali memberi amaran dan menasihatkan kedua-dua anaknya agar tidak bermain di kawasan itu namun mereka tidak mengendahkan arahan tersebut.

    “Kira-kira jam 10.30 pagi ibu mangsa mendengar bunyi kuat dari tempat anak-anaknya bermain dan mendapati mereka telah ditimpa batu bata dinding… adik mangsa hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Shamsudin berkata ibu mangsa kemudian meminta bantuan jiran terdekat untuk menghantar kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Tawar serta memaklumkan mengenai kejadian itu kepada suaminya yang ketika itu berada di tempat kerja di Kulim.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tawar dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bezah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts