Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

    Kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di tempat letak kereta berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam pada hari Selasa yang lepas.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang pegawai perubatan hospital pada jam 8.01 malam pada hari yang sama.

    “Ketika mangsa ditinggalkan, dia sedang tidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak berusia 34 tahun, yang juga seorang kakitangan hospital, hanya menyedari kejadian tersebut selepas suaminya menghubungi beliau pada jam 6 petang.

    “Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamatkan mangsa gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Iqbal menyatakan bahawa proses bezah siasat telah dijalankan pada jam 2 petang semalam dan punca kematian masih belum diketahui kerana masih menunggu analisis daripada makmal.

    Beliau berkata hasil siasatan menunjukkan bahawa mangsa ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta oleh ibunya selepas diambil dari sebuah taska berdekatan pada kira-kira jam 2 petang.

    Mohd Iqbal juga menyatakan bahawa penyiasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Inspektor Syer Aidid di talian 013-6544996.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts