Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKapal semakin tenggelam, siapa lagi, soal Puad Zarkashi

    Kapal semakin tenggelam, siapa lagi, soal Puad Zarkashi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, hari ini mengucapkan tahniah kepada ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim yang mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Tahniahlah MP Gua Musang kerana mengutamakan pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasannya. Memang berani kerana umum sokong PMX (perdana Menteri kesepuluh) setelah dua rakannya MP Kuala Kangsar dan Labuan digantung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. Puad secara sinis menyoal ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) yang lain bila mereka akan mengambil tindakan yang sama dengan menasihatkan mereka supaya tidak menunggu terlalu lama. “MP Jeli, Tanah Merah, Ketereh, Hulu Trengganu, Sungai Besar dan Langkawi bila lagi? Jangan tunggu lama lama. Kapal lama semakin tenggelam. Welcome aboard,” katanya. Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri, semalam berkata dia menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sebelum ini, ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman, juga menyuarakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana Menteri, dengan menyorot kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasan mereka. Sokongan ketiga-tiga ahli parlimen PN itu memberikan kerajaan pimpinan Anwar majoriti dua pertiga. Semalam, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu juga mengumumkan keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain telah digantung.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts