Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKartel perolehan TLDM: Pegawai tentera, pemilik syarikat direman lima hari

    Kartel perolehan TLDM: Pegawai tentera, pemilik syarikat direman lima hari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang pemilik syarikat yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah Kem TLDM di Johor, direman lima hari bermula hari ini.

    Perintah reman hingga 18 Feb terhadap lelaki berumur 42 dan 55 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Norkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini.

    Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

    Terdahulu, kedua-dua individu itu yang memakai baju lokap SPRM dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret kira-kira 9 pagi dengan diiringi pegawai suruhanjaya itu.

    Semalam, kedua-dua individu itu ditahan di Pejabat SPRM Johor di Johor Bahru kira-kira pukul 4 petang.

    Pada 19 Jan lepas, dilaporkan tiga lelaki berumur lingkungan 28 hingga 47 tahun yang dipercayai dalang kepada “kartel perolehan” melibatkan 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan kem terbabit turut direman tujuh hari hingga 25 Jan.

    Reman itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 akta sama, sebelum ketiga-tiga mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM.

    Menurut sumber, kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta dengan pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts