Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKastam Perlis rampas aksesori kenderaan lebih RM636,000

    Kastam Perlis rampas aksesori kenderaan lebih RM636,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas aksesori kenderaan dianggarkan bernilai RM636,235 dan melibatkan duti cukai sebanyak RM166,081.05 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Padang Besar pada 31 Mac lalu.

    Pengarah JKDM Perlis Ismail Hashim berkata rampasan dibuat ketika sepasukan anggota jabatan itu melakukan pemeriksaan ke atas dua lori kontena.

    Katanya kenderaan bernombor pendaftaran Thailand itu dipandu dua lelaki warganegara Thailand masing-masing berusia 33 dan 51 tahun.

    “Hasil pemeriksaan kami menemukan 2,626 unit aksesori kenderaan iaitu rim kereta bersaiz antara 16 hingga 19 inci yang diimport dari negara jiran menggunakan dokumen import Borang Kastam 1 (K1).

    “Sebanyak 1,436 unit daripada jumlah tersebut dipercayai tidak diikrar dengan betul,” katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan, Pejabat Kastam Padang Besar hari ini.

    Ismail pihak terbabit dipercayai membuat pengikraran yang tidak benar dan mengelirukan dalam Borang K1 bagi mengelak dikenakan duti dan cukai yang tinggi.

    “Sebanyak 1,436 unit aksesori kenderaan tidak diikrar ini dapat dikesan apabila penguat kuasa mendapati ada kesalahan dalam timbangan,” katanya.

    Tambah Ismail JKDM Perlis percayai barangan berkenaan dibawa masuk untuk dipasarkan di Kuala Lumpur.

    Ismail berkata kedua-dua pemandu terbabit serta seorang wakil syarikat penghantaran – lelaki warganegara Malaysia berusia 46 tahun – ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

    Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 133(1)(e) Akta Kastam 1967.

    Sementara itu, Ismail berkata JKDM Perlis turut merampas udang putih besar tidak diikrar dianggarkan sebanyak 5,360 kilogram (kg) serta kenderaan disita dalam pemeriksaan terhadap dua lori dipandu dua lelaki tempatan berumur 40 dan 42 tahun di Bukit Kayu Hitam Kedah, pada 11 April lepas.

    ALSO READ:  KPM buka pintu untuk pihak yang risau modul hadis 40 Imam Nawawi

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts