Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKata dua buat Amira: Sertai Amanah atau kosongkan kerusi Puteri Wangsa

    Kata dua buat Amira: Sertai Amanah atau kosongkan kerusi Puteri Wangsa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Wakil tunggal Muda di Dewan Undangan Negeri Johor Amira Aisya Abd Aziz diberi kata dua sama ada menyertai Amanah atau mengosongkan kerusi itu. Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata ini kerana kerusi DUN Wangsa Puteri yang disandang timbalan presiden Muda itu adalah milik Amanah. “Amira Aisya (Timbalan Presiden Muda) kena ingat kerusi itu adalah ihsan daripada Amanah yang kita beri pada PRN Johor. “Jadi dia ada dua pilihan sama ada keluar dari Muda sertai Amanah atau pulangkan semula kerusi Dun Puteri Wangsa kepada Amanah dan letak jawatan. Itulah maruah sepatutnya,” kata Aminolhuda, yang juga pengerusi Amanah Johor dipetik Harian Metro.

    Kenyataan Aminolhuda (gambar, atas) susulan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman awal minggu ini mengumumkan keluar daripada blok kerajaan di parlimen, untuk menjadi “kuasa ketiga.” Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata tindakan ahli parlimen Muar itu “seolah-olah macam kacang lupakan kulit.”

    ‘Ingat macam mana Muda menang dulu’ “Patutnya dia (Syed Saddiq dan Amira Aisya) boleh berfikir, ini kerusi yang kita bagi berdasarkan persefahaman electoral pact beri laluan kepada Muda,” katanya.

    Kata Aminolhuda, PH melalui DAP dan Amanah khususnya bersetuju membenarkan Muda bertanding di enam kerusi mereka pada pilihan raya Negeri Johor iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa, dan Bukit Permai. “Pimpinan Muda perlu belajar sejarah, jangan gopoh dan semata-mata hanya membuat langkah populis sahaja. Ingat kembali bagaimana mereka peroleh kemenangan di Puteri Wangsa. “PH yang bagi laluan berdasarkan kepada pakatan pilihan raya, tetapi sekarang mereka mengkhianati kami selepas tarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.

    Sementara itu, Amira pada satu kenyataan hari ini mengesahkan kedudukannya telah beralih kepada blok pembangkang di DUN Johor. “Maka sebagai timbalan presiden Muda, kini saya juga bersama-sama dengan keputusan parti untuk keluar dari kumpulan blok PH-BN,” katanya.

    ALSO READ:  Sidang tergempar resolusi bubar PSB? Wong kunci mulut

    Menurut Amira, tindakan keluar blok kerajaan itu selari aspirasi untuk mengekalkan prinsip politik yang Muda sejak PRN Johor pada 2022. “Negeri Johor dan rakyat Puteri Wangsa terus menjadi keutamaan saya. “Biar apa pun cabaran dan ujian di hadapan, saya bercita-cita untuk menggalas kepercayaan rakyat sehingga pilihan raya yang akan datang,” jelasnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts