Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKATA MP | Bagaimana pelajar cemerlang STPM tetap terpinggir

    KATA MP | Bagaimana pelajar cemerlang STPM tetap terpinggir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nahvin Muthusamy memberi ucapan berkenaan kekurangan meritokrasi dalam sistem pendidikan Malaysia atas pentas konvokasi dan video beliau yang ditularkan menarik perhatian awam.

    Saya turut berasa bangga kerana anak muda kita berani untuk menyampai pandangannya atas pentas konvokesyen.

    Perkongsian beliau adalah berkait rapat dengan isu yang saya sering bangkitkan di parlimen dan berkenaan statistik yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

    Pelajar matrikulasi diberikan keutamaan untuk kursus-kursus popular di universiti awam, menyebabkan persaingan sengit antara pelajar cemerlang SPM untuk penawaran matrikulasi.

    Mereka tahu, jika mereka gagal masuk matrikulasi, mereka terpaksa mengambil STPM, yang mencabar untuk mendapatkan penawaran kursus-kursus popular universiti awam.

    Matrikulasi mempunyai kuota Bumiputera sebanyak 90%, dan universiti awam memberi keutamaan kepada pelajar matrikulasi.

    Pada dasarnya, walaupun kuota kaum di universiti awam telah dihapuskan 20 tahun yang lalu, matrikulasi yang bergantung pada sistem kuota perkauman memperoleh “unfair advantage”, dan menyebabkan “structural violence”.

    Saya ucapkan terima kasih kepada kementerian kerana membekalkan statistik berkenaan.

    Statistik yang diberikan melalui jawapan bertulis menunjukkan bilangan calon lepasan STPM yang diberi tawaran program-program kompetitif melalui UPU Online adalah terlampau rendah.

    UPU Online adalah sistem yang menyelaras proses kemasukan pelajar saluran awam ke IPTA dalam Malaysia.

    Bilangan tawaran kepada calon lepasan STPM ke perubatan melalui UPU bagi sesi akademik 2021/2022 adalah 10 orang, iaitu 18.6%. Tiga belas ataupun 14.4% orang pada sesi 2022/2023 dan 16 orang ataupun 10.53% bagi 2023 / 2024.

    Bilangan ini adalah terlampau rendah dan saya ingin menarik perhatian masyarakat ini bahawa angka ini bukan bilangan bagi satu universiti, tetapi semua universiti bawah UPU online.

    ALSO READ:  TMJ: Sultan Ibrahim jadi Agong nanti masa yang menarik

    Bagi program pergigian pula, tiada tawaran kepada lepasan STPM ke Program Pergigian pada sesi akademik 2021 / 2022, dan hanya terdapat satu penawaran pada tahun 2022/ 2023 dan 2023/ 2024 masing-masing, 4.35% dan 4.76% .

    Bagi program farmasi pula, terdapat 6 penawaran (16.67%) pada tahun 2021/ 2022, 4 penawaran (8.89%) pada tahun 2022/2023 dan 10 (13.89%) penawaran pada tahun 2023/2024.

    Data ini membuktikan bahawa pelajar cemerlang STPM tetap dipinggirkan oleh sistem UPU ini.

    Dalam kata lain, jika seorang lepasan SPM yang cemerlang tidak dapat masuk ke matrikulasi, maka peluang dia masuk ke kursus-kursus kompetitif terutamanya universiti utama seperti UM, UKM, USM, UPM dan UTM tetap nipis jika berbanding dengan matrikulasi.

    Saya ingin menyampaikan simpati yang mendalam terhadap pengalaman rakan Nahvin, kemungkinan beliau juga tahu sekiranya dia tidak dapat masuk ke matrikulasi, maka peluang masuk ke kursus atau universiti pilihan beliau tidak akan direalisasikan.

    Dengan hanya 10% tempat untuk pelajar bukan bumiputera dalam matrikulasi, seorang pelajar cemerlang SPM bukan bumiputera dalam bidang sains, jika tidak berjaya masuk matrikulasi, terpaksa belajar STPM.

    Ini merupakan cabaran pertama.

    Walaupun berjaya dalam STPM, mereka kemudiannya bersaing dengan sengit dengan pelajar matrikulasi semasa proses kemasukan universiti, yang membentuk cabaran kedua.

    Akibatnya, pelajar bukan Bumiputera dari saluran STPM menghadapi cabaran dan kesusahan berganda dalam perjalanan mereka untuk masuk ke universiti.

    Terdapat keperluan segera bagi kerajaan untuk merombak sistem kemasukan universiti, menghentikan penindasan terhadap pelajar bukan Bumiputera yang cemerlang.

    Saya juga menyeru untuk penyatuan matrikulasi dan STPM, membolehkan pelajar dari sekolah-sekolah menengah kebangsaan, tanpa mengira etnik, mengambil peperiksaan yang seragam.

    Ini akan menegakkan prinsip kemasukan yang adil.

    ALSO READ:  Analysis-Spain's socialists roll dice on Catalan amnesty in bid for power

    Kita perlu mengalihkan dari sistem kuota ke sistem affirmatif, kerajaan seharusnya mengambil pendekatan ‘need-based‘, mengagihkan 20% tempat untuk pelajar dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama.

    Penggunaan sistem ‘markah bonus’ boleh memberikan keutamaan kepada mereka dalam proses kemasukan universiti.

    Contohnya seorang pelajar B40 mendapat keputusan 3.0 dalam STPM, dia akan ditambah 5% markah bonus, jadikan keputusan sebanyak 3.15.

    langkah ini akan memastikan perlindungan terhadap golongan Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban dan Kadazan yang kurang bernasib baik.

    Sistem pendidikan dan kemasukan universiti perlu reformasi yang segera untuk mengelakkan “brain drain” dan bagi memastikan anak-anak kita diberi layanan yang adil untuk merealisasi bakat mereka.


    CHOW YU HUI ialah anggota parlimen DAP bagi kawasan Raub.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts