Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKATA MP | Fahami kenapa ibu bapa enggan hantar anak ke sekolah...

    KATA MP | Fahami kenapa ibu bapa enggan hantar anak ke sekolah kebangsaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Saya mengkaji cadangan yang dibuat oleh Pemuda Umno untuk menubuhkan sekolah satu aliran, dengan tujuan untuk mencapai cita-cita besar memupuk perpaduan dan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum di tanah air kita yang tercinta.

    Di Malaysia, sistem pendidikan yang pelbagai dan memberi pilihan kepada ibu bapa adalah sebahagian realiti yang perlu diterima.

    Kata kunci di sini adalah ‘pilihan’.

    Ini adalah asas demokrasi yang tidak memaksa rakyat dengan satu corak pemikiran, tetapi meraikan kepelbagaian budaya dan ilmu pengetahuan yang diwarisi dalam masyarakat kita.

    Ia juga mengukuhkan identiti budaya yang pelbagai, dan menjadi asas kepada identiti Bangsa Malaysia sejak zaman berzaman.

    Sebelum Pemuda Umno melancarkan usul ini, adalah penting untuk memahami kenapa sekolah vernakular menjadi pilihan utama bagi kebanyakan ibu bapa yang menginginkan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka.

    Mantan ketua Pemuda Umno sendiri, Asyraf Wajdi Dusuki, adalah antara yang memilih sekolah vernakular untuk pendidikan anak-anak mereka.

    Pertama, masalah infrastruktur sekolah kebangsaan yang sering diperbincangkan. Pemuda Umno perlu sedar akan masalah fasiliti dan infrastruktur yang menyusahkan sekolah kebangsaan yang dibiayai oleh kerajaan, sehingga kerajaan perlu memberikan peruntukan khas untuk memperbaiki kemudahan di sekolah tersebut. Hal ini jarang berlaku di sekolah vernakular yang menguruskan dana sendiri.

    Kedua, isu kekurangan guru. Kurangnya tenaga pengajar menyebabkan bilik darjah sesak dan memberi impak terhadap fokus guru dan pelajar.

    Ketiga, sukatan pelajaran yang tidak stabil. Perubahan yang kerap berlaku dalam sukatan pelajaran atau bekalan yang tidak mencukupi boleh jadi punca kegagalan dalam menyediakan pelajar untuk dunia sebenar.

    Keempat, kekurangan sumber kewangan. Sekolah kebangsaan sering berdepan dengan masalah kewangan yang mengakibatkan kekurangan buku teks, kemudahan makmal, dan ini menjejaskan motivasi pelajar untuk belajar serta mengurangkan kualiti pendidikan mereka.

    ALSO READ:  Proton meterai MOA baru dengan Smart Automobile di China

    Seterusnya, kesenjangan kualiti pendidikan antara bandar dan luar bandar dalam sistem pendidikan kebangsaan mencipta jurang sosioekonomi yang ketara.

    Oleh itu, bagi memperbaiki perpaduan nasional, cadangan yang dicadangkan adalah:

    1. Meningkatkan infrastruktur sekolah kebangsaan untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

    2. Pendidikan guru yang berkualiti untuk menarik bakat-bakat dalam bidang pendidikan.

    3. Memastikan peruntukan kewangan mencukupi untuk sekolah kebangsaan.

    4. Mengurangkan kesenjangan pendidikan antara bandar dan desa untuk memastikan semua murid menerima pendidikan berkualiti.

    Sekolah vernakular memberi sumbangan penting dalam landskap pendidikan Malaysia. Usaha untuk memperbaiki mutu pendidikan kebangsaan juga tidak boleh diabaikan. Dengan mengiktiraf kepelbagaian ini, Malaysia mampu mencungkil bakat-bakat muda untuk masa depan yang cemerlang, serta mempersiapkan mereka menghadapi cabaran akan datang.


    SYERLEENA ABDUL RASHID ialah anggota parlimen Bukit Bendera.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts