Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana lepas kemuka sijil palsu

    KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana lepas kemuka sijil palsu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang peserta Felo Perdana tahun ini yang ditempatkan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) akan ditamatkan penglibatannya dalam program itu kerana mengemukakan sijil tidak tulen.

    Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan pelajar universiti awam di ibu negara itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan program berkenaan, namun semakan lanjut mendapati sijil yang dikemukakan bagi satu pencapaian yang disenaraikan adalah tidak tulen.

    “Justeru berkaitan isu ini, dia akan ditamatkan daripada menyertai program Felo Perdana kerana telah melanggar terma perjanjian program,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini susulan tular isu berkaitan peserta Felo Perdana terbabit.

    Warga siber mempersoalkan pengundian seorang Felo Perdana di Miti yang dikatakan terpalit isu kontroversi selain menyenaraikan pencapaian yang meragukan.

    Program Felo Perdana merupakan program pementoran dan latihan amali yang bermatlamat melahirkan belia berdaya saing dan memahami sistem pentadbiran negara.

    Sejak diperkenalkan pada 2013, program itu telah melatih 763 belia terdiri daripada lepasan dan penuntut institut pengajian tinggi.

    Bagi edisi 2023, seramai 56 orang telah dipilih dan berkhidmat mulai 23 Ogos hingga 31 Disember ini.

    Kesemua mereka telah melalui sesi orientasi pada 20 hingga 22 Ogos lepas di Institut Semarak Felda, Bangi.

    Selain itu, menurut KBS individu berkenaan akan ditawarkan untuk mengikuti sesi kaunseling.

    “Pada masa yang sama, KBS akan memulakan siasatan untuk memastikan pelaksanaan program ini dikukuhkan lagi pada masa hadapan.

    “KBS sentiasa mendukung usaha kerajaan dalam terus memantapkan tatakelola yang baik dalam semua program kerajaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang ketirisan dalam hal ini,” katanya.

    Menurut kementerian itu pengambilan semua peserta Felo Perdana telah melalui prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan tapisan keselamatan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts