Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKDN akan ambil tindakan tegas pihak cuba cetus jenayah di Julau

    KDN akan ambil tindakan tegas pihak cuba cetus jenayah di Julau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.

    Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien mengenai situasi di kawasan itu.

    “Selain itu, saya juga telah berkongsi perkara berkenaan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain,” katanya ketika mengulas kenyataan Sng menggesa Bukit Aman bertindak keras terhadap kegiatan gengsterisme yang berleluasa di Julau dan menjadikan kawasan itu sebagai ‘Wild Wild West.’

    Beliau berkata Ketua Polis Daerah Julau juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah ada tangkapan berhubung perkara itu.


    “Biarlah proses itu selesai dibuat oleh pihak polis di sana dan dakwaan wujud anasir jenayah itu tidak akan terlepas daripada siasatan polis,” katanya sempena lawatan kerja ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Kuala Lumpur hari ini.

    Sng dalam catatan di laman Facebook semalam mendakwa kumpulan kongsi gelap itu bukan sahaja mengendalikan perjudian dalam talian di daerah Pakan dan Julau malah terbabit dengan aktiviti menjual dadah, kontraban seperti rokok dan minuman keras serta pinjaman wang haram.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts