Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKDN jangan pilih kasih, buku Hitler pun boleh jual - AMK

    KDN jangan pilih kasih, buku Hitler pun boleh jual – AMK

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemuda PKR (AMK) turut menyelar rampasan dua buah buku, termasuk buku tentang pengasas komunisme Karl Marx, minggu lepas. Naib ketuanya Tyra Hanim Razali menyifatkan tindakan itu sebagai pilih kasih terhadap perbahasan idea. “Jilid-jilid yang dirampas ini jika dikatakan subversif, namun judul Mein Kampf tulisan Adolf Hitler yang mempromosikan ideologi politik Nazisme dijual berleluasa di banyak toko-toko buku seluruh Malaysia tanpa sebarang sekatan mahupun rampasan,” katanya. Tyra mengingatkan pertentangan idea perlu dimaknai dalam Malaysia Madani dan tidak harus menjadi hanya “lip service” (cakap kosong).

    KDN jumaat lepas menyerbu Toko Buku Rakyat milik penulis Benz Ali di Wisma Central, Kuala Lumpur. Mereka merampas buku Marx Sang Pendidik Revolusioner tulisan Robin Small dan Koleksi Puisi Masturbasi tulisan Benz Ali atau nama sebenarnya Amir Hamzah Akal Ali. Benz Ali turut menyelar tindakan itu kerana buku yang dijualnya itu tidak diharamkan oleh kerajaan. “Sepatutnya, kalau kamu (KDN) rasa curiga, kamu datang kamu belilah buku itu dan buatlah siasatan sampai kamu puas,” katanya kepada Malaysiakini. Malaysiakini telah menghubungi KDN dan menterinya Saifuddin Nasution Ismail selepas kejadian itu dan masih menunggu maklum balas mereka.

    Rampasan itu turut diselar oleh kumpulan peguam hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Dalam kenyataan hari ini, Tyra menegaskan bahan yang dirampas daripada Toko Buku Rakyat tidak terdapat dalam senarai perintah larangan. Oleh itu, katanya, ia boleh disalahertikan sebagai tindakan menekan kebebasan berkarya terutama bagi penulis tanah air. “Ini bertentangan dengan seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), yang menyatakan bahawa sebarang perintah oleh Menteri untuk melarang penerbitan mesti diwartakan sebelum ia boleh mempunyai kuasa undang – undang,” katanya.

    ALSO READ:  JPS K'tan boleh saman syarikat lombong emas tanpa EIA - Takiyuddin

    Sementara itu, katanya, rampasan itu juga dilihat sebagai gangguan terhadap penerbit buku alternatif dan kecil-kecilan dan memberi isyarat tidak sihat kepada masyarakat umum. Ia juga, katanya, memberi peluang kepada pihak lawan dalam naratifnya yang menggambarkan bahawa kerajaan ini adalah kerajaan autoritarian. “AMK ingin mengingatkan kementerian bahawa kerajaan tidak mampu untuk kehilangan dukungan para ilmuan dan aktivis intelektual dalam memacu visi membina peradaban dalam tatanan kelolaan Malaysia Madani,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts