Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKDN rampas 8 buku 'berunsur komunis' untuk siasatan

    KDN rampas 8 buku ‘berunsur komunis’ untuk siasatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasukan penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan buku terbitan tempatan dalam bahasa Cina yang dikatakan mengandungi “unsur komunis” di kedai buku Gerakbudaya di Petaling Jaya, Selangor.

    Menurut pekerja Gerakbudaya yang enggan dinamakan, lapan buku tersebut tidak termasuk dalam senarai penerbitan yang diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA).

    Dia berkata tiga pegawai KDN datang ke kedai hari ini yang pada mulanya dipercayai atas tujuan pemeriksaan biasa.

    “Pada mulanya, kami ingat mereka hanya buat pemeriksaan seperti yang biasa mereka lakukan dari masa ke masa.

    “Namun mereka kemudian tunjukkan senarai tajuk buku dan minta kami beri satu salinan bagi setiap tajuk,” katanya kepada Malaysiakini.

    Dia berkata kesemua buku tersebut dalam bahasa Cina dan dikeluarkan oleh sebuah syarikat penerbitan.

    “Semua buku yang diambil ada unsur komunis,” katanya, sambil menambah kesemua buku tersebut adalah bukan fiksyen dan berkisarkan Parti Komunis Malaya (PKM).

    Sekurang-kurangnya lima buku berkisarkan sejarah PKM manakala dua lagi adalah memoir yang ditulis anggota PKM. Satu lagi buku tidak dipastikan.

    ‘Pegawai bersikap sopan’

    Pekerja itu berkata mereka memberi kerjasama dengan permintaan KDN dan diberitahu buku tersebut diambil “untuk siasatan”.

    Katanya lagi, pegawai kementerian juga bersikap “sopan” ketika pemeriksaan.

    Pada Ogos lalu, KDN mengadakan rampasan serupa di sebuah lagi kedai buku milik penulis Benz Ali di Kuala Lumpur.

    Ketika itu, dua buku yang dirampas berjudul Marx Sang Pendidik Revolusioner tulisan Robin Small dan Koleksi Puisi Masturbasi tulisan Benz Ali sendiri.

    Susulan kecaman daripada Benz Ali dan aktivis lain, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya bertindak atas aduan awam berkenaan buku tersebut dan mempunyai kuasa di bawah PPPA untuk berbuat demikian.

    ALSO READ:  Lepas baca khutbah, Anwar pimpin syahadah seorang lelaki di New York

    Saifuddin juga berkata buku tersebut akan dipulangkan jika kandungannya tidak menjejaskan ketenteraman awam.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts