Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKebakaran di KLIA Terminal 1, asap tebal selubungi balai pelepasan

    Kebakaran di KLIA Terminal 1, asap tebal selubungi balai pelepasan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pagi tadi yang menyebabkan asap tebal mengisi ruang balai pelepasan di terminal utama lapangan terbang tersebut.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail mengatakan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan berhubung dengan insiden tersebut pada pukul 8.30 pagi dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA telah dihantar ke tempat kejadian dengan segera.

    “Selepas pemeriksaan dilakukan, didapati kebakaran itu melibatkan sampah di dalam saluran sampah di tingkat 3 terminal tersebut dan tidak melibatkan struktur bangunan dan mangsa,” katanya.

    “Bomba telah bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu yang terdapat di bangunan tersebut. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan pada pukul 9.10 pagi dan operasi berakhir sepenuhnya pada pukul 10.31 pagi,” katanya.

    Sementara itu, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) yang mengesahkan kejadian ini dalam satu hantaran melalui Facebook menjelaskan bahawa kebakaran kecil berlaku di dalam bangunan terminal utama KLIA Terminal 1 dan segera dipadamkan oleh Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

    Menurut MAHB, kejadian ini tidak menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan penerbangan dan operasi lapangan terbang.

    Pengendali lapangan terbang itu telah memberitahu bahawa siasatan mengesahkan bahawa kejadian berpunca daripada puntung rokok.

    “Malaysia Airports ingin mengingatkan orang ramai bahawa terdapat kawasan merokok yang dikhaskan di semua lapangan terbang kami. Sila gunakannya untuk keselesaan anda dan demi keselamatan komuniti lapangan terbang kami,” menurut kenyataan itu.

    Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman telah mengesahkan kejadian tersebut melalui hubungan dengan Bernama dan memaklumkan bahawa kebakaran tersebut tidak mempengaruhi operasi di KLIA Terminal 1.

    ALSO READ:  KLIA commotion undergoes first round of proceedings by Parliamentary select committee.

    “Pihak bomba sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran itu dan jika ada unsur khianat atau sabotaj, pihak polis akan menyiasat secara terperinci,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts