Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKebakaran: Rompin catat IPU tidak sihat

    Kebakaran: Rompin catat IPU tidak sihat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rompin mencatatkan status kualiti udara pada tahap tidak sihat susulan kebakaran tanah gambut di sebuah ladang berhampiran Kampung Kerpal, Muadzam Shah, Pahang.

    Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam satu kenyataan berkata setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.

    “Susulan bacaan IPU mencecah 151-200 melebihi 24 jam di Rompin, Pahang, JAS telah mengeluarkan Nota Pemberitahuan Amaran Awal 2 kepada Pusat Kawalan Bencana Negara untuk hebahan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana ke peringkat Negeri serta daerah bagi mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah/Negeri dan mengambil tindak balas berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” katanya.

    Wan Abdul Latiff berkata pihaknya juga telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan serta aktiviti pemantauan melalui darat dan udara dengan menggunakan dron serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.

    “Koordinasi di antara agensi berkaitan dan pemilik ladang bagi merancang kerja-kerja pemadaman serta kawalan kebakaran turut diadakan,” menurut JAS.

    Beliau menasihatkan semua pemilik tanah memantau rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar serta mengambil langkah mencegah pencerobohan pihak tidak bertanggung jawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau tidak sengaja.

    Menurut beliau, di bawah Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, selain kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts