Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKebebasan bersuara dan akademik lebih teruk di Barat - PSM

    Kebebasan bersuara dan akademik lebih teruk di Barat – PSM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan menyifatkan amalan kebebasan bersuara dalam akademik lebih teruk di Amerika dan Eropah jika dibandingkan dengan Malaysia.

    Dia berkata demikian ketika mengulas kritikan profesor dari Amerika Syarikat, Bruce Gilley yang mendakwa Malaysia tidak mempunyai kebebasan bersuara dan akademik serta tidak selamat dikunjungi susulan pembatalan syarahannya di Universiti Malaysia pada 23 April lalu.

    Bercakap kepada Malaysiakini, Arutchelvan berkata ramai pensyarah dan pelajar dikenakan tindakan serta dibuang daripada Universiti jika bercakap mengenai isu Palestin atau anti-zionis di kalangan negara-negara barat.

    “Di negara seperti di Amerika dan tempat-tempat lain, mahasiswa yang memperjuangkan isu Palestin diambil tindakan disiplin dan sebagainya. Jadi, langsung tidak ada kebebasan.

    “Bila dia bercakap tentang Malaysia bukan bererti negara barat dan Eropah lebih baik daripada kita,” katanya selepas sidang media khas di Rumah Hitam Muda di Petaling Jaya, hari ini.

    Sebelum ini, Gilley mendakwa pemimpin politik Malaysia menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang Yahudi ketika bersyarah di Universiti Malaya.

    Susulan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi membatalkan semua program dan aktiviti melibatkan Gilley, serta mengarahkan Universiti Malaya mengemukakan laporan segera berkaitan insiden itu.

    Profesor itu kemudiannya meluahkan kemarahannya di laman X ketika meniggalkan Malaysia.

    “Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, satu langkah di hadapan kumpulan Islamofasis yang dimainkan oleh kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang. Perkembangan terkini akan menyusul,” katanya.

    ‘Bolehkah dia bercakap tentang sistem beraja Thai?’

    Gilley kemudian membuat hantaran susulan yang memaparkan gambar dua orang individu dipercayai rakannya dengan bendera Israel dan Thailand turut diletakkan pada sisi mereka.

    Dia menulis; “Saya sangat bersyukur dengan rakan akademik saya yang berusaha mengeluarkan saya dari kesusahan. Saya berharap dapat menikmati kebebasan akademik di sini. Dan hiduplah hubungan Thailand-Israel yang berkekalan.”

    ALSO READ:  Medical officer loses more than RM100,000 to job scam

    Mengulas hal itu, Arutchelvan menyelar Gilley sebagai hipokrit dan mempersoalkan adakah dia boleh bercakap mengenai negara lain seperti yang dibuat di Malaysia.

    “Adakah dia boleh bercakap tentang sistem beraja di Thailand seperti dia bercakap isu Palestin-Israel di Malaysia?

    “Jika dia boleh beri pandangan, dia juga kena terima bahawa orang Malaysia tidak menerima pandangannya,” tambahnya.

    Arutchelvan berkata PSM menganggap tindakan kerajaan yang membatalkan syarahan Gilley sebagai wajar.

    “Kita tidak menyalahkan Universiti Malaya menjemputnya mungkin mereka tidak tahu (latar belakang).

    “Tapi kalau dia (Gilley) membuat perbandingan tentang hak (kebebasan bersuara) di sini, bagaimana dengan orang-orang yang membela hak Palestin di Amerika?

    “Hak pensyarah dan penjawat awam yang dikenakan tindakan serta dibuang kerja (kerana menyuarakan isu Palestin). Ia lebih teruk. Apa jadi (dengan) freedom di sana?” ujarnya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts