Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKebebasan media merosot: Fahmi memalukan negara, kata Wan Saiful

    Kebebasan media merosot: Fahmi memalukan negara, kata Wan Saiful

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen PN Wan Saiful Wan Jan menyalahkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil atas kejatuhan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar bagi tahun ini.

    Wan Saiful yang juga ketua portfolio komunikasi PN juga membangkitkan Malaysia di kedudukan ke-107 yang lebih teruk berbanding Israel di kedudukan ke-101.

    “Bagi saya, Fahmi telah memalukan negara kerana kedudukan Malaysia di tangga ke-107 hanyalah baik sedikit saja berbanding Burundi (108), Mongolia (109) dan Zimbabwe (116).

    “Fahmi tidak boleh dibiarkan memutar belit kata-kata untuk mencipta alasan kenapa situasi ini berlaku. Fahmi mesti mengambil tanggungjawab dan mengakui bahawa dia telah menjahanamkan kebebasan media di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

    Semalam, pertubuhan Reporters Without Borders (RSF) mengeluarkan Indeks Kebebasan Akhbar 2024, yang menunjukkan Malaysia merosot 34 tangga berbanding kedudukan ke-73 pada tahun lepas.

    Malaysia mendapat 52.07 markah melalui lima penunjuk: politik (44.35), ekonomi (45.63), legislatif (34.04), sosial (52.62) dan keselamatan (83.72).

    Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara Asean apabila dipintas oleh Thailand (87).

    Menurut indeks itu, ia berpunca daripada tindakan kerajaan menyekat laman berita yang mengkritik kerajaan, antaranya melibatkan UtusanTV yang digerakkan oleh bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) serta MalaysiaNow.

    Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata kemerosotan itu membuktikan kerajaan bersifat kuku besi serta janji kerajaan mengenai kebebasan media adalah palsu.

    “Pada 2023, Malaysia melonjak ke tangga ke-73 hasil usaha kerajaan PN pada tahun sebelum itu. Manakala laporan 2024 adalah penilaian terhadap setahun penuh kerajaan PH-BN, terutama kepada prestasi Fahmi Fadzil sebagai Menteri yang bertanggungjawab sepanjang tempoh kajian dijalankan.

    ALSO READ:  Mesyuarat perundangan karbon lepas raya - TPM Fadillah

    “Hasil kerja Fahmi sepanjang 2023 menjahanamkan hasil kerja sebelumnya sehingga kedudukan Malaysia merudum begitu teruk.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts