Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKeberkesanan tangani kejatuhan Ringgit dibangkitkan di parlimen

    Keberkesanan tangani kejatuhan Ringgit dibangkitkan di parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Keberkesanan langkah kerajaan dalam menangani impak kejatuhan nilai ringgit yang semakin merudum berbanding dolar Amerika, adalah antara isu yang akan dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini. Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara ini akan dibangkitkan oleh Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada hari kedua persidangan dewan.
    Dalam sesi yang sama, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) juga meminta Perdana Menteri menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.
    Perdana Menteri juga akan menjawab soalan yang diajukan oleh Datuk Seri Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-Keningau) mengenai fokus kerajaan dan dana untuk mempercepat pembangunan dan ekonomi di Sabah dan Sarawak, selepas pemindahan ibu negara Indonesia, Nusantara ke Kalimantan Timur.
    Dalam sesi jawab lisan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) meminta Menteri Pendidikan Tinggi untuk menyatakan sama ada kementerian itu berhasrat untuk meneliti dan mengkaji semula syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), termasuk jurusan undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
    Selain itu, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) juga meminta Menteri Pendidikan Tinggi untuk menyatakan sama ada kementerian itu berhasrat untuk membina lebih banyak pusat pendidikan teknik dan vokasional khusus untuk pelajar OKU selepas tamat sekolah menengah.
    Setelah sesi itu berakhir, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dan Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023.
    Persidangan kali ini berlangsung selama 32 hari sehingga 30 November.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts