Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKecoh trak bawa gambar Agong, bendera PH di Kuala Kubu Bharu

    Kecoh trak bawa gambar Agong, bendera PH di Kuala Kubu Bharu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Sebuah pacuan empat roda dikesan membawa potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bendera PH dan digunakan untuk berkempen di Kuala Kubu Bharu.

    PN menyifatkan perkara itu sebagai taktik kempen yang kotor.

    Manakala seorang wakil media PH dilaporkan berkata pacuan empat roda itu adalah satu sabotaj.

    Gambar pacuan empat roda itu, yang turut dihiasi dengan bendera Johor dan memanggil Agong sebagai “Malaysia royal emperor”, tular di media sosial hari ini.

    Tinjauan Malaysiakini mendapati kenderaan berada itu di luar balai polis Kuala Kubu Bharu.

    Polis kemudian mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan pihaknya sudah merampas kenderaan itu dan menahan dua lelaki berusia 60-an.

    Bagaimanapun, polis itu tidak menyatakan jika dua lelaki itu ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

    Dalam satu kenyataan, Pengerusi Sayap Bersekutu Bersatu Chong Fat Full berkata laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

    “Kami tidak menuduh sesiapa selagi siasatan polis belum lengkap. Kami berharap semua pihak menghormati Agong dan berkempen secara bermoral dan berintegriti,” katanya.

    Dalam sidang medianya pula, Chong juga dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan.

    Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata tidak wajar untuk mengheret Agong dalam kempen pilihan raya.

    “Saya yakin pihak Istana Negara dan pejabat perdana Menteri pun tidak tahu menahu tentang aktiviti ini.

    “Janganlah terdesak sangat nak berkempen sehingga mengheret nama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong seperti ini,” kata Ahmad Fadhli dalam hantaran di Facebook.

    Malaysiakini cuba menghubungi wakil PH untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

    Berita Harian pula melaporkan seorang pegawai media PH yang tidak mahu dinamakan, berkata perbuatan itu adalah satu tindakan sabotaj.

    ALSO READ:  Saya akan terus doakan supaya kerajaan jatuh - Zawawi 

    “Ini adalah sabotaj. PH mungkin mengeluarkan kenyataan selepas perbincangan dengan pucuk pimpinan,” katanya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts