Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kedah hilang hasil RM100 juta dari tanah sawah boleh dibangunkan'

    ‘Kedah hilang hasil RM100 juta dari tanah sawah boleh dibangunkan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Kedah hilang pendapatan sekitar RM100 juta setahun dari kawasan tanah sawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) yang boleh dibangunkan untuk tujuan perumahan, komersial dan industri kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

    Muhammad Sanusi berkata terdapat sekitar 10,000 hektar tanah sawah Mada yang telah dimasukkan di bawah Rancangan Tempatan Daerah (RTD) di daerah-daerah untuk pembangunan perumahan, selain 400 hektar untuk industri serta beberapa hektar lagi untuk tujuan komersial.

    “Jadi kalau kita ikut RTD itu, kita akan dapat hasil yang lebih banyak melalui cukai tanah, cukai kemajuan, cukai pintu dan caj air.

    “Dalam lima hingga 10 tahun akan datang, kerajaan Negeri menjangkakan jumlah kehilangan pendapatan ini akan bertambah, jadi kita mohon kepada kerajaan persekutuan untuk melihat perkara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan penjenamaan semula Pusat Teknologi Mempelam Sala, dekat Yan, Kedah.

    Dia diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menyatakan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju pada dasarnya dengan cadangan agar status tanah di kawasan Mada ditukar kepada pembangunan industri dan komersil.

    Muhammad Sanusi berkata walaupun kawasan tanah tersebut adalah kawasan yang produktif dan aktif dari segi tanaman padi, namun terdapat permintaan yang tinggi untuk dibangunkan bagi tujuan lain.

    Menurutnya, kerajaan Negeri akan kehilangan pendapatan yang lebih besar jika mengekalkan status kawasan tanah sawah berkenaan dan memohon bantuan fiskal daripada kerajaan persekutuan di atas kehilangan pendapatan itu.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts