Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion - Sanusi

    Kedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion – Sanusi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan Negeri Kedah menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM14.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata angka itu satu pencapaian membanggakan yang dipacu dengan kelengkapan fasiliti yang disediakan di Negeri itu terutamanya di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) selain kepantasan membuat kelulusan. “Ini satu pencapaian yang membanggakan dalam tempoh enam bulan dan mungkin kita akan mencatat lebih daripada itu dalam tempoh enam bulan lagi. Sasaran Kedah dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 iaitu setiap tahun kita akan mencapai puratanya RM10 bilion,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kulim Technology Park Corporation di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

    Mengulas berkenaan Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, Muhammad Sanusi berkata kerajaan Negeri telah melaksanakan tanggungjawab bagi menyediakan fasiliti di KRC antaranya aspek pengambilan tanah dan pembekalan air.

    “KRC itu yang tertinggal cuma elektrik, dan kerajaan (Negeri) telah menyelesaikan semua tanggungjawab kerajaan, sudah membuat pengambilan tanah untuk Tenaga Nasional Bhd memasang talian penghantaran voltan tinggi. Dari segi bekalan air juga cukup. Sebagai permulaan, 10 mld (juta liter sehari) pun kita ada (mampu sediakan),” katanya.

    Beliau berkata kerajaan Negeri menjangkakan lebih ramai pelabur berminat untuk melabur di KRC kerana memiliki kawasan yang luas dan berpotensi besar terhadap produk huluan dan hiliran berasaskan getah. “Ini baru fasa satu. Sebenarnya kita lihat sektor getah ada huluan dan hiliran. Ada banyak lagi sektor hiliran dalam sektor getah ini. Saya lihat banyak produk yang Lembaga Getah Malaysia melakukan penyelidikan untuk menghasilkan pelbagai produk. Kesemuanya boleh dibawa masuk ke KRC,” katanya.

    ALSO READ:  ULASAN | Ada apa dengan Mahathir dan Bangsa Malaysia

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts