Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu amat selesa'

    ‘Kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu amat selesa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemimpin kanan Bersatu menganggap kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai presiden amat selesa untuk mengemudi parti itu dalam penggal akan datang.

    Ahmad Faizal Azumu berkata, mesyuarat majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu menunjukkan seluruh saf kepimpinan menyatakan sokongan padu terhadap Muhyiddin.

    Justeru timbalan presiden Bersatu itu mempersoalkan sikap sesetengah pihak – yang tidak dinamakannya – kerana gemar terbawa-bawa “khabar angin.”

    “Kenapa suka layan khabar angin? Saya fikir kedudukan beliau (Muhyiddin) sebagai presiden amat selesa dan ini akan membolehkannya mengemudi Bersatu dan PN ke arah kejayaan yang lebih besar,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

    Ahmad Faizal yang juga bekas Ahli Parlimen Tambun berkata demikian ketika ditanya sejauh mana kebenaran spekulasi yang mendakwa terdapat kem berbeza-beza dalam Bersatu.

    Antaranya, ada kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan hala tuju parti itu lalu mahu Muhyiddin digantikan.

    Ia turut dinyatakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, dalam sidang medianya pada 26 Dis lalu. Malah dia turut menamakan Hamzah sebagai calon yang sesuai mengepalai Bersatu.

    Ada pengalaman luas

    Bagaimanapun semalam Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu menyatakan parti itu berdiri teguh di belakang Muhyiddin selaku presiden.

    Ahli Parlimen Larut itu menegaskan kepimpinan Bersatu bersetuju sebulat suara untuk meneruskan perjuangan mereka di bawah kepimpinan Muhyiddin.

    Penegasan itu sekali gus dilihat menafikan khabar angin yang mendakwa wujudnya kem tertentu dalam parti terbabit sehingga ada yang mahu Muhyiddin digantikan.

    Veteran Umno, Shahrir Samad, pula mencadangkan agar tugas mengetuai PN selaku blok pembangkang diambil alih oleh PAS.

    Shahrir berhujah begitu antara lain disebabkan sudah ada enam ahli parlimen Bersatu menyokong kerajaan perpaduan secara terbuka.


    Ahmad Faizal berkata untuk mengetuai barisan pembangkang secara berwibawa, kepemimpinan Muhyiddin adalah diperlukan.

    ALSO READ:  Zulkifli: Apa salahnya doakan kesejahteraan Agong, raja Melayu?

    “Tanggungjawab PN dan Bersatu sebagai pembangkang yang berwibawa akan lebih menyerlah di bawah kepimpinan Muhyiddin,” ujarnya.

    Ahmad Faizal juga menegaskan Muhyiddin memang dikenali sebagai seorang pemimpin dan tokoh yang amat prihatin kepada isu rakyat.

    “Beliau juga berpengalaman luas dalam pentadbiran negara,” katanya.

    Dalam perkembangan sama Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan tiada sebarang pergolakan berlaku dalam saf kepimpinan parti itu.

    “Mestilah tiada. Itu kenyataan rasmi parti. Bukan nafi (dakwaan wujud pergolakan),” katanya ketika dihubungi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts