Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengizinkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan yang sebelum ini memerintahkannya membayar RM66,000 kepada seorang pengawal keselamatan yang diberhentikan kerja 15 tahun lalu.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu diberikan oleh Hakim Amarjeet Singh selepas tidak ada bantahan yang diajukan oleh bekas pengawal keselamatan Kedutaan AS, L Subramaniam, dan Mahkamah Perusahaan.
Bagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas mahkamah sivil tersebut kemudian menetapkan 16 Januari tahun depan untuk mendengar hujahan lisan pihak-pihak yang bertelagah mengenai merit semakan kehakiman yang sewajarnya.
Pada 2 Mei lalu, dilaporkan Mahkamah Perusahaan memerintahkan Kedutaan AS membayar RM66,000 kepada seorang pengawal keselamatan setelah ia didakwa secara tidak sah dipecat pada tahun 2008.
Dari awal, pasukan peguam Kedutaan AS berhujah bahawa Mahkamah Perusahaan Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes pemecatan tersebut.
Semasa prosiding mahkamah pagi ini, peguam Kedutaan AS, Lim Heng Seng, mengumumkan bahawa kedua responden dalam kes ini – Subramaniam dan Mahkamah Perusahaan – tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman.
Peguam Subramaniam, Shoban Nair Gobi, kemudian memberitahu Amarjeet bahawa bekas pengawal Kedutaan AS tersebut tidak mempunyai bantahan.
Hakim kemudian mengizinkan perintah dari segi terma, termasuk penangguhan sementara pelaksanaan keputusan Mahkamah Perusahaan, sambil menunggu pelupusan semakan kehakiman yang akan ditetapkan untuk perbicaraan tahun depan.
[Baca berita penuh]