Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKedutaan Palestin nafi dakwaan sumbangan mesti melalui kedutaan

    Kedutaan Palestin nafi dakwaan sumbangan mesti melalui kedutaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kedutaan Palestin di Malaysia dan dutanya tidak pernah meminta sumbangan untuk Palestin disalurkan melalui kedutaan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu. Dalam kenyataan kepada Bernama pada Rabu, kedutaan itu memaklumkan mereka konsisten menekankan keperluan untuk semua aktiviti pengumpulan dana dilaksanakan di bawah pengawasan, pemantauan dan kawalan pihak berkuasa Malaysia yang bertanggungjawab. “Malangnya, beberapa pihak tetap mendakwa bahawa kedutaan dan duta Palestin meminta NGO Malaysia menyumbang melalui kedutaan dan ini sama sekali tidak benar,” menurut kenyataan itu. Namun, selaras dengan arahan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah, kedutaan sentiasa bersedia dan tidak akan menyekat usaha untuk memberikan bantuan dan kemudahan melalui saluran diplomatik.

    Ini termasuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah Kementerian Luar Malaysia, Kedutaan Malaysia di Jordan dan Mesir dan akaun bank Bulan Sabit Merah Palestin. “Perlu dinyatakan bahawa pada masa ini, Palestin berada di bawah penjajahan Israel dan semua sempadan udara, laut dan darat Palestin kini berada di bawah kawalan pihak berkuasa Israel. Oleh itu, perlu dibuat penyelarasan melalui negara jiran (Mesir dan Jordan) bagi memudahkan kemasukan sebarang bantuan ke Palestin,” menurut kenyataan kedutaan itu.

    Barangan untuk dihantar ke Gaza perlu dibuat melalui pihak berkuasa Mesir manakala barangan untuk wilayah barat dan Baitulmaqdis dibawa masuk melalui pihak berkuasa Jordan.

    Kedutaan itu turut menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas pendirian dan sokongan padu yang diberikan terhadap rakyat Palestin dari segi politik, moral mahupun kewangan.
    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,245FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts