Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKehadiran polis 'membayangi' PN luar biasa, kata PAS

    Kehadiran polis ‘membayangi’ PN luar biasa, kata PAS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PRK PELANGAI | PAS hari ini menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap kehadiran “luar biasa” anggota polis pada setiap program yang dijalankan mereka.

    Kehadiran tersebut, kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menimbulkan keresahan kepada orang ramai dan tidak bagus untuk perjalanan demokrasi.

    Meminta anggota keselamatan “lebih profesional” dan “tidak memihak” Takiyuddin juga mendakwa antara punca keresahan itu ialah kemunculan kereta peronda serta anggota Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.

    “Kehadiran terlalu kerap kereta peronda yang berhenti di markas operasi PN atas alasan nak dapatkan (jumlah) kekuatan petugas gerak kerja, itu tak ada kena-mengena dengan polis.

    “Kita (PN) minta polis tidak buat tindakan yang tak perlu,” katanya kepada media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

    PN kali ini sekali lagi diwakili calon dari PAS, Kassim Samat, yang berdepan dengan Amizar Abu Adam (BN) dan Haslihelmy DM Zulhasli (bebas).

    Takiyuddin yang juga timbalan setiausaha agung PN menambah polis sepatutnya bertindak berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.

    Dia juga mendakwa boleh dikatakan setiap satu jam ada anggota polis yang berkunjung ke kawasan pusat operasi atau meletakkan kenderaan mereka di depan bilik operasi PN.

    Namun kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi ada anggota polis termasuk SB yang memantau pergerakan Kassim dan lawatan dari rumah ke rumah juga menimbulkan rasa tidak selesa, malah ketakutan kepada orang ramai.

    “Ada orang kampung yang tak mahu buka pintu… itu tak wajar,” katanya.

    Dalam program ceramah pula, dakwa Takiyuddin, terlalu ramai polis buat rakaman penggambaran seolah-olah nak berlaku rusuhan sedangkan tidak ada-apa dan orang ramai hanya mahu mendengar penjelasan daripada PN.

    ALSO READ:  Kelantan dapat kebenaran istimewa terima bas pelancong Thai

    “PN menghargai perananan polis menjaga keamanan serta mencegah tiada perkara tak diingini berlaku, tapi bukan dengan cara menimbulkan ketakutan tak wajar dalam kalangan rakyat jelata,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts