Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKehadiran ramai polis di pejabat Bersih satu bentuk gangguan - Syahredzan

    Kehadiran ramai polis di pejabat Bersih satu bentuk gangguan – Syahredzan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kehadiran ramai anggota dan pegawai polis pada sidang media anjuran Bersih hari ini boleh dilihat sebagai satu bentuk gangguan terhadap orang awam, kata ahli parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

    Ahli parlimen DAP itu turut mempersoalkan keperluan mengerahkan ramai anggota polis pada sidang media berkenaan.

    “Saya tidak nampak ada keperluan untuk kerahkan sebegitu ramai anggota hanya untuk suatu sidang media.

    “Ini akan dilihat sebagai suatu bentuk intimidasi dan amalan seperti ini tidak patut jadi kebiasaan di bawah Kerajaan Madani ini,” ciapnya di laman sosial X.

    Syahredzan turut meminta Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail supaya melihat kembali pendekatan yang digunakan pihak berkuasa itu.

    “KPN dan Menteri YBM @saifnasution harus lihat semula pendekatan pihak polis.

    “Jangan sia-siakan perjuangan kita untuk menentang segala bentuk intimidasi penguasa selama ini,” katanya.

    Awal hari ini, Bersih menyelar kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di kawasan pejabat mereka di Petaling Jaya ketika sidang media berkaitan pengurangan hukuman terhadap bekas perdana Menteri, Najib Razak.

    Menyifatkan apa yang berlaku sebagai “gangguan”, kumpulan pendesak itu menyindir Saifuddin yang menjaga hal ehwal polis.

    “Lama tak jumpa.

    “Apa khabar reformasi?” kata badan pemantau pilihan raya itu di laman X.

    Sidang media itu diadakan susulan keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara terhadap Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

    Jumlah denda yang dikenakan terhadapnya turut dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Semalam, Bersih tidak menolak kemungkinan mengadakan demonstrasi bagi membantah pengurangan hukuman berkenaan.

    Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata mereka “menuju ke arah itu” tetapi perlu membina momentum terlebih dahulu.

    ALSO READ:  Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tak wujud

    Menurutnya, Bersih menolak pengurangan hukuman berkenaan atas alasan ia menggugat kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts