Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKeharmonian tonggak kekuatan Sarawak - Abang Jo

    Keharmonian tonggak kekuatan Sarawak – Abang Jo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keharmonian yang terjalin di Bumi Kenyalang merupakan tonggak kekuatan untuk menjadikan Sarawak sebuah wilayah yang aman dan makmur, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata tidak perlu terpengaruh dengan tindakan masyarakat di tempat lain, yang cenderung melihat kepada perbezaan agama dan kaum.

    “Saya menyeru kepada saudara dan saudari untuk terus berusaha ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya di Bumi Kenyalang yang tercinta ini.

    “Marilah kita bersama-sama berusaha ke arah penyatuan masyarakat dan mengelakkan perkara yang mendatangkan perpecahan,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Kuching, hari ini.

    Abang Johari berkata sambutan Aidilfitri merupakan kemenangan buat umat Islam, perlu disambut dengan rasa penuh kesyukuran dan keriangan.

    “Bagi masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak, sudah menjadi kebiasaan bahawa hari yang penuh dengan kegembiraan ini, dikongsikan dengan kaum-kaum lain dengan amalan kunjung-mengunjung sama seperti suasana pada Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Krismas atau Deepavali,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts