Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKehilangan Bella: Keluarga, orang ramai diminta beri ruang polis siasat

    Kehilangan Bella: Keluarga, orang ramai diminta beri ruang polis siasat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak keluarga dan orang ramai diminta memberi ruang dan kepercayaan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, yang dipercayai hilang di daerah ini sejak 16 Dis lepas.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata siasatan masih dijalankan ke atas kehilangan ibu tunggal anak dua berusia 32 tahun itu dan diharap pihak keluarga dapat bersabar serta menyerahkannya kepada polis.

    “Siasatan secara terperinci akan dilakukan dari setiap sudut dan ada beberapa perkara yang kami tidak boleh dedahkan agar ia tidak menganggu siasatan polis.

    “Sebelum ini polis ada menahan seorang pemuda berusia 24 tahun yang dipercayai teman lelaki wanita itu, namun telah dibebaskan dengan jaminan polis dan tidak mustahil akan memanggilnya sekiranya perlu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Setakat ini, Ismail berkata lima individu telah direkod keterangan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

    Sementara itu, kakak mangsa Norhisham, 36, ketika ditemui menyatakan keluarganya mengharapkan agar Bella dapat ditemui walau apa juga keadaannya.

    Menurutnya hingga kini banyak pihak telah menghubungi mereka sekeluarga dan menawarkan diri untuk membantu mencari Bella dengan pelbagai kaedah.

    “Alhamdulilah, satu Malaysia prihatin dengan kehilangan adik saya hinggakan saya dihubungi oleh mereka yang berada di Sabah dan bersedia datang ke sini (Batu Pahat) untuk membantu mencari Bella.

    “Kami sekeluarga juga telah bertemu beberapa ustaz bagi mendapatkan pandangan mereka, namun dalam masa yang sama menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan hingga Bella ditemui,” katanya.

    Terdahulu, Bella yang mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun, dilaporkan hilang selepas didakwa keluar bersama teman lelakinya ke sebuah kedai dobi di daerah ini dengan laporan polis dibuat ahli keluarganya pada 16 Dis lepas.

    ALSO READ:  Cuaca panas, kemarau beri kesan serius pertanian Sabah - Jeffrey

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts