Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKehilangan Boss Mario: Kereta ditemukan di Pantai Klebang

    Kehilangan Boss Mario: Kereta ditemukan di Pantai Klebang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Boss Mario dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Pertam Jaya, Semabok, awal pagi kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kehilangan Yew Boon Xiang, 30, dilaporkan abangnya di Balai Polis Batang Tiga pada 9.35 malam semalam, selepas pempengaruh itu tidak menjawab panggilan telefon sejak pukul 8 pagi.

    “Panggilannya yang berkali-kali tidak berjawab dan perkara itu tidak pernah berlaku. Disebabkan itu, abangnya pergi ke rumah Boss Mario di Taman Pertam Jaya, Semabok untuk memeriksa keadaan, namun adiknya itu tidak ada di rumah.

    “Hasil semakan menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati adiknya itu keluar rumah dengan menaiki keretanya jenis Honda City pada 3 pagi, sebelum dia mendapat tahu bahawa kereta itu diletakkan di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci pada 6 petang,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.

    Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Boss Mario agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

    Sementara itu berita kehilangan Boss Mario yang mempunyai seramai 222,000 pengikut di Facebook itu tular di media sosial.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts