Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKekal tenang, teruskan boikot - Akmal

    Kekal tenang, teruskan boikot – Akmal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Meskipun Umno telah mengarahkan sayap parti itu supaya menghentikan isu stoking tertera kalimah Allah, namun ketua pemudanya, Dr Akmal Saleh memberi bayangan kempen boikot akan diteruskan.

    Dalam satu hantaran di Facebooknya, Akmal berkata pemimpin tidak perlu gentar membawa suara rakyat yang telah membuat keputusan.

    “Pemimpin perlu membawa suara rakyat tanpa rasa gentar. Rakyat sudah membuat keputusan mereka tanpa sebarang paksaan.

    “Kekal tenang dan teruskan boikot secara aman. Kekal berprinsip,” tulisnya.

    Terdahulu Malaysiakini melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno melalui Presidennya Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan supaya ketua pemuda parti itu berhenti daripada terus memainkan isu stoking tertera kalimah Allah.

    Ahli MKT Umno, Bung Moktar Radin yang memaklumkan perkara itu berkata arahan tersebut selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya menghentikan isu berkenaan daripada terus menjadi polemik.

    Katanya, tidak timbul soal bersetuju atau tidak dengan tindakan Akmal menekan KK Mart dalam isu itu kerana Umno telah membuat keputusan mahu perkara itu dihentikan.

    “Presiden Umno sudah minta Akmal (menghentikannya) dan menjelaskan bahawa KK Mart tidak membuat peranancangan mengenai perkara itu, kita terima hakikat perkara itu perlu dihentikan.

    “Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya menghentikan isu itu dan bagi saya itu sudah memadai,” kata Bung seperti dipetik Berita Harian ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Umno Sabah bersama media dan anak yatim, di Kota Kinabalu, malam tadi.

    Sebelum ini MKT Umno merestui tindakan Akmal dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah susulan penemuan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

    Selain KK Mart, Akmal juga turut menggerakkan kempen boikot produk usahawan kosmetik Aliff Syukri susulan video raya melampau yang didakwa menghina kesucian Ramadan.

    ALSO READ:  Pemimpin Asean-GCC bertemu, PM gesa akhiri penindasan pada Palestin
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts