Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKekosongan kerusi Sg Bakap dimaklum kepada SPR esok

    Kekosongan kerusi Sg Bakap dimaklum kepada SPR esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan Negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.

    “Pihak Speaker DUN telah dimaklumkan berhubung perkara ini (kematian dan kekosongan DUN Sungai Bakap) dan seterusnya Setiausaha DUN akan memaklumkannya kepada SPR,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian Nor Zamri di Tanah Perkuburan Sungai Acheh di Nibong Tebal, hari ini.

    Chow yang mewakili kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nor Zamri dan berharap pihak keluarga bersabar dengan kehilangannya.

    “Kita baru kenal selepas Pilihan Raya Negeri (PRN Pulau Pinang) Ogos lalu dan sempat bersidang sekali sahaja. Namun kita menerima hakikat (terhadap kematian ini),” katanya.

    Terdahulu, Chow memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di rumahnya dan menyantuni ahli keluarga Nor Zamri sebelum jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh kira-kira 6.30 petang ini.

    Allahyarham, 56, meninggal dunia kira-kira1.38 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

    Allahyarham meninggalkan isteri Musalmah Yusop dan enam anak.

    Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal bertanding pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts