Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKekurangan guru SJKC, SJKT bersifat sementara - Fadhlina

    Kekurangan guru SJKC, SJKT bersifat sementara – Fadhlina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah bersifat sementara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

    Katanya, kementerian memberi perhatian serius terhadap masalah yang sedang berlaku di semua jenis sekolah itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan strategi bagi mengatasinya isu dilakukan secara jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk.

    Menurutnya, ia termasuk menerusi lantikan Guru Kontrak Perkhidmatan (COS), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

    “Keperluan guru baru sekolah rendah direncana berdasarkan kepada kekosongan perjawatan mengikut opsyen serta guru masuk dan keluar daripada sistem mengikut opsyen keluaran latihan PISMP dan pengambilannya dilakukan secara berterusan.

    “Ia bagi mengisi kekosongan di semua jenis sekolah melibatkan semua opsyen mata pelajaran termasuk Bahasa Cina dan Bahasa Tamil,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    Isu itu juga, katanya, telah dibincangkan dalam beberapa sesi libat urus hala tuju pendidikan bersama SJKC dan SJKT sepanjang tahun ini bagi memastikan kebimbangan setiap pemegang taruh ditangani dengan wajar.

    Dalam hal itu, Fadhlina berkata kementerian telah melaksanakan semakan daftar opsyen melalui proses penandaan opsyen guru Bahasa Cina di semua sekolah dengan setiap proses berkenaan unjuran guru dilaksanakan dengan teliti bersandarkan kepada data yang telah disahkan serta menerusi sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.

    Beliau berkata intervensi itu penting bagi memastikan hanya data rasmi dan tepat yang dijadikan rujukan berkaitan unjuran kekurangan guru bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

    Kementerian bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah dapat diatasi, katanya.

    ALSO READ:  Adakah salah berjumpa dengan Ismail Haniyeh, tanya PM

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts