Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKelantan dapat kebenaran istimewa terima bas pelancong Thai

    Kelantan dapat kebenaran istimewa terima bas pelancong Thai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kelantan mendapat kebenaran istimewa daripada kerajaan persekutuan apabila dibenarkan menerima bas pelancong dari Thailand.

    Perkara itu disahkan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Kamaruddin Md Nor yang memaklumkan berita gembira itu dalam pertemuan bersama pemain industri pelancongan Malaysia dan Thailand.

    “Saya baru saja dikhabarkan berita gembira ini bahawa bas pelancongan dari Thailand dibenarkan masuk ke Kelantan.

    “Namun, bas pelancongan terbabit perlu mengisi borang khas yang mesti diuruskan ejen pelancongan tempatan sebelum dibenarkan masuk ke Kelantan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

    “Di Kelantan ada 55 syarikat pelancongan dan semua senarai berkenaan akan diberikan kepada pihak Thailand bagi memudahkan mereka membuat pilihan ejen,” katanya ketika ditemui media pada majlis perasmian Festival Asean 2024 di Pattani, Thailand, semalam.

    Mengulas lanjut Kamaruddin berkata kebenaran khas itu diberikan selepas dia mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sebelum ini.

    Jelasnya, bas pelancongan dari negara jiran itu bagaimanapun hanya dibenarkan masuk ke Kelantan dan tidak boleh merentasi ke Negeri lain termasuk Terengganu.

    “Setakat ini kerajaan buat keputusan masuk ke Kelantan sahaja kerana kami memohon sempena Tahun Melawat Kelantan 2024.

    “Dengan keputusan ini kami yakin ramai pelancong dari Thailand akan datang ke Kelantan.

    “Selain itu saya juga akan mengadakan perbincangan dengan ejen pelancongan di Kelantan supaya tidak mengenakan harga yang tinggi bagi menguruskan borang kebenaran masuk berkenaan.

    “Usaha kita adalah mahu menarik pelancong dan sekiranya harga yang mahal dikenakan, sudah tentu mereka tidak berminat untuk ke Kelantan,” katanya.

    Sementara itu, Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thai Asean, Aida Oujeh, berkata pihaknya menyambut baik berita gembira itu.

    ALSO READ:  Akmal berang pelajar sekolah agama tiada kerusi meja

    Katanya, jika sebelum ini pelancong dari Thailand sukar untuk masuk memandangkan pengangkutan bas dilarang, dengan kebenaran yang diberikan kini pihaknya yakin lebih ramai akan melancong ke Kelantan.

    “Kami juga akan mengadakan perbincangan dengan ejen pelancongan di Kelantan supaya tidak mengenakan harga yang tinggi supaya pelancong dari Thailand tertarik,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts