Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKelantan guna tema, logo hari kebangsaan ditetapkan k’jaan pusat

    Kelantan guna tema, logo hari kebangsaan ditetapkan k’jaan pusat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan Kelantan yang diterajui PAS tidak akan menggunakan tema dan logo alternatif, yang dicadangkan oleh sayap pemuda gabungan itu, bagi sambutan hari kebangsaan tahun ini. Sebaliknya Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan berkata mereka akan menggunakan tema sama seperti di peringkat persekutuan.

    Bagaimanapun katanya tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ itu akan ditambah dengan ‘Membangun Bersama Islam’. “Kerajaan Kelantan kekalkan tema sambutan hari kebangsaan ditetapkan di peringkat persekutuan. “Kita akan gunakan tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, Membangun Bersama Islam’.

    “Kita juga akan guna loga yang sama,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini. Hadir sama Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud serta barisan exco kerajaan Negeri Kelantan.

    Terdahulu Pemuda Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan logo alternatif bagi sambutan itu, iaitu berdasarkan bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan, dengan lima kelopak dan menggunakan warna Jalur Gemilang. Tema yang ditetapkan pula adalah “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera”. Logo dan tema itu dicadangkan sebagai aternatif untuk digunakan di Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dipimpin PN.

    Sementara itu Mohamed Fadzli yang juga anggota dewan undangan Negeri (Adun) Temangan berkata, sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri akan berlangsung pada malam 30 Ogos nanti di Stadium Sultan Muhammad IV. Katanya, acara dimulakan dengan program Kelantan berselawat disusuli perarakan dan pertunjukkan bunga api.

    Pada Ahad lalu, kerajaan Terengganu yang diterajui oleh PAS juga mengumumkan tidak akan menggunakan tema dan logo alternatif, yang dicadangkan. Sebaliknya Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mereka akan menggunakan tema sama seperti di peringkat persekutuan. Setakat ini, dua lagi Negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) iaitu Perlis dan Kedah belum membuat sebarang pengumuman.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts