Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKelantan hargai pemberian RM178 juta lagi wang ihsan oleh PM

    Kelantan hargai pemberian RM178 juta lagi wang ihsan oleh PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Kelantan menerima tambahan wang ihsan daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM 177.96 juta seperti diumumkan perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Menteri Besar Kelantan, Nassuruddin Daud dalam kenyataannya merakamkan ucapan penghargaan kepada perdana Menteri atas penyaluran wang berkenaan.

    “Keseluruhan terimaan Wang Ihsan bagi tahun 2023 kepada Negeri Kelantan adalah RM 216.96 juta,” katanya.

    Nassuruddin berkata kerajaan Negeri turut menyambut baik pengumuman perdana Menteri semasa meninjau situasi banjir dan melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Negeri itu baru-baru ini.

    Antara pengumuman perdana Menteri ialah kelulusan peruntukan segera bagi membina benteng sementara bagi Projek Lembangaan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM 6 juta.

    Manakala proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 akan dimulakan pada tahun 2024.

    “Kerajaan Negeri pula akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyegerakan urusan pengambilan balik tanah untuk projek-projek ini.

    “Kerajaan Negeri yakin pengumuman tersebut akan memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan sekali gus memperkukuhkan semangat federalisma antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan selari dengan bezaya politik matang dan sejahtera,” katanya.

    Pada 28 Dis lalu, perdana Menteri mengumumkan bantuan awal segera berjumlah RM50 juta untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

    Menurutnya bantuan itu akan disalurkan terus sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.

    Anwar turut memaklumkan supaya kerajaan menyegerakan PLSB Sungai Golok fasa 2 bagi menangani masalah banjir terutama di Rantau Panjang.

    Justeru pihaknya meminta agar kerajaan Negeri mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi tujuan tersebut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts