Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKelantan keluarkan jenama beras sendiri tahun depan

    Kelantan keluarkan jenama beras sendiri tahun depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan jenama beras sendiri dinamakan Beras Agro Darul Naim bagi memenuhi permintaan pengguna di Negeri ini tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (gambar, bawah).

    Beliau berkata bagi merealisasikan usaha itu satu peruntukan khas bagi membangunkan kilang padi dan beras akan dilaksanakan.

    “Usaha ini adalah kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bersama rakan pelabur.

    “Pada 2024, kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan kilang padi dan beras di Meranti, Pasir Mas,” katanya.

    Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Tuan Azhar Salleh (PAS-Pulai Condong) berkaitan cadangan kerajaan Negeri untuk mengeluarkan beras jenama sendiri pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

    Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata kerajaan Kelantan juga mengambil beberapa langkah lain bagi mengatasi isu dan cabaran dalam keterjaminan makanan di Negeri ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Negeri Kelantan.

    “Jawatankuasa ini melibatkan pelbagai agensi termasuk kerajaan Persekutuan dan Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil institusi pendidikan tinggi bagi menyelaraskan gerak kerja dan peranancangan projek serta memperhalusi isu-isu berkaitan keterjaminan makanan.

    “Kita juga memberi insentif secara bersasar dan selektif kepada golongan sasar serta pembangunan ladang contoh untuk petani bagi menarik minat orang awam untuk menyertai sektor pertanian,” katanya.

    Menurut beliau, Jabatan Pertanian meningkatkan proses pemindahan ilmu, teknologi dan teknikal kepada masyarakat menerusi program dan bengkel latihan seperti Agri Bio Class, Seminar Semarak Organik Al-Falah dan Diskusi Organik.

    Beliau berkata kerajaan Negeri turut membangunkan aplikasi teknologi di lapangan melalui kaedah penyertaan pemerhatian serta menjayakan Kempen Tanam Nyor Al-Falah ke-13 melibatkan 1,300 penerima.

    ALSO READ:  Dakwa 'diganggu' SPRM, timbalan speaker cadang Wan Saiful lapor polis

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts