Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKelantan rekod pertambahan ahli baru PKR kedua tertinggi

    Kelantan rekod pertambahan ahli baru PKR kedua tertinggi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kelantan mencatatkan peningkatan keanggotaan baru kedua tertinggi dalam PKR, kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution Ismail.

    Memetik data setakat 21 Mac tahun ini, Saifuddin berkata Negeri yang dikuasai PAS itu mencatatkan pertambahan 2,027 ahli baru sejak 24 Jun tahun lalu.

    Pertambahan itu, katanya, menjadikan jumlah ahli PKR di Kelantan kini sekurang-kurangnya seramai 60,356 orang.

    “Terdapat tambahan 16,529 ahli baru PKR di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan.

    “Lonjakan ahli baru di Kelantan adalah antara yang tertinggi di negara ini, menduduki ranking kedua selepas Selangor yang mencatatkan 5,770 ahli baru,” katanya semasa berucap pada konvensyen khas ulang tahun ke-25 PKR di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, hari ini.

    Sementara itu, Saifuddin turut menyatakan Selangor kekal sebagai Negeri dengan bilangan ahli keseluruhan PKR tertinggi iaitu 344,386 orang, diikuti diikuti Sabah (185,004 orang) dan Sarawak (86,315 orang).

    Secara keseluruhannya, menurut Saifuddin, parti pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim merekodkan seramai 1,153,212 ahli sehingga Mac tahun ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts