Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKeluar dewan: 'Pembangkang perasan bijak, bangkit isu remeh'

    Keluar dewan: ‘Pembangkang perasan bijak, bangkit isu remeh’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong membidas tindakan ahli parlimen PN yang bertindak keluar dari Dewan Rakyat tengah hari tadi.

    Liew menyifatkan alasan yang diberikan mereka – yang membantah masa ucapan tahniah Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 – sebagai kurang munasabah.

    “Biasanya para Menteri mengumumkan dasar dan menjelaskan keadaan melalui Kenyataan Parlimen yang umumnya dibuat di sebelah pagi, walaupun ia tidak semestinya pada waktu pagi sahaja.

    “Kenyataan Parlimen itu bertujuan menjunjung kasih dan mengucapkan terima kepada Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya serta menyambut Yang di-Pertuan Agong baru.

    “Ini bagi memastikan kenyataan persidangan itu direkodkan, khususnya kerana ia merupakan sidang Parlimen yang pertama sejak Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memegang tampuk pemerintahan.

    “Namun, pembangkang yang merasakan diri sangat bijak telah membangkitkan isu remeh berhubung Kenyataan Parlimen Perdana Menteri yang dikatakan sepatutnya dibuat waktu pagi dan bukannya petang, dan selepas itu membuat keputusan untuk keluar Dewan Rakyat beramai-ramai,” kata ahli parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Liew, Anwar tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat pagi ini kerana menyambut kunjungan Perdana Menteri Cambodia, Hun Manet.

    “Saya sejujurnya berharap pembangkang supaya meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan kerajaan untuk memulihkan ekonomi, meringankan beban sara hidup rakyat dan menjadikan Malaysia lebih baik lagi,” kata timbalan setiausaha agung DAP itu lagi.

    Terdahulu, sebelum ahli parlimen PN keluar dewan, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menyuarakan bantahan terhadap masa ucapan Anwar, yang menurutnya boleh disampaikan ketika sidang Dewan Rakyat bermula di waktu pagi.

    Dia mendakwa tiada perdana Menteri terdahulu yang menyampaikan ucapan sebegitu apabila perbahasan titah baginda sudah dimulakan di dalam dewan.

    ALSO READ:  Jumlah rakyat Palestin terkorban di Gaza meningkat ke 10,000

    “Kalau nak kata merafak sembah tahniah dan terima kasih kepada Agong, buatlah tadi sebelum pencadang nak buat.

    “Tadi pencadang dah ada, nak terima kasih apa lagi? Pencadang dah cakap dah. Dah ada penyokong. Tiba-tiba tengah-tengah tanya nak terberhenti kejap nak cakap terima kasih pasal apa?” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts