Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKemalangan maut: Pemandu remaja dibebas dengan jaminan polis

    Kemalangan maut: Pemandu remaja dibebas dengan jaminan polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang remaja lelaki yang juga pemandu kereta dalam kemalangan yang menyebabkan dua orang maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San menyatakan bahawa remaja yang masih bersekolah dan tidak mempunyai lesen memandu telah dibebaskan selepas reman sehari tamat.

    “Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan tersebut yang melibatkan tiga buah kenderaan sehingga penunggang motosikal dan pemboncengnya meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

    “Kami juga telah mengeluarkan saman terhadap ibu remaja itu kerana cuai dengan membenarkan anaknya menggunakan kenderaannya tanpa lesen,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, seorang penunggang lelaki dan pemboncengnya seorang wanita, kedua-duanya berusia 20-an, maut selepas motosikal mereka dirempuh oleh kereta Toyota Lexus dipandu oleh remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori.

    Remaja itu cedera ringan manakala pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Tan juga menyatakan bahawa polis telah menghantar sampel darah pemuda itu untuk ujian alkohol dan dadah, dan juga mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts