Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKemaman kubu kuat Umno, bukan PAS - Zahid

    Kemaman kubu kuat Umno, bukan PAS – Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa parti itu berpeluang untuk merebut semula kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Dis ini kerana kawasan tersebut merupakan kubu kuat UMNO dan bukannya parti PAS.

    Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, menyatakan bahawa kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disebabkan fitnah terhadap UMNO dan BN, serta penggunaan sumber kewangan yang luar biasa oleh pihak lawan.

    “Kita merasakan Kemaman bukan kubu kuat PAS, Kemaman ialah kubu kuat UMNO.

    “Namun, disebabkan terjahan isu fitnah dan juga simbahan kebencian terhadap UMNO khususnya dan BN, serta penggunaan sumber kewangan yang sangat luar biasa pada ketika itu, maka kita kekurangan undi di Kemaman,” katanya pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK Kemaman di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

    Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum sebagai calon langsung BN bagi PRK Kemaman.

    Ahmad Zahid berkata Raja Mohamed Affandi yang dibesarkan di Kemaman, dilihat mampu meraih sokongan rakyat sekali gus merampas kembali kerusi berkenaan berdasarkan kepimpinannya dalam ketenteraan.

    “Beliau mempunyai latar belakang yang sangat kuat dalam kerjaya ketenteraan dan beliau telah melalui kerjaya profesional ini dengan begitu gigih,” katanya.

    Ditanya mengenai penerimaan jentera UMNO dan BN terhadap pengundian Raja Mohamed Affandi sebagai calon BN, Ahmad Zahid meluahkan keyakinan terhadap sokongan ahli parti dan pengundi di Kemaman.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 dan 28 Nov.

    ALSO READ:  Poland's Donald Tusk wins confidence vote, sets pro-EU path

    PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept, yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15.

    Pada PRU15, calon BN Datuk Seri Ahmad Said tewas kepada Che Alias dengan majoriti 27,179 undi sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di Negeri berkenaan.

    Kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU14.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts