Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKemaman: Mengundi di pusat pemindahan jika banjir

    Kemaman: Mengundi di pusat pemindahan jika banjir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pusat pemindahan sementara (PPS) akan dijadikan sebagai pusat mengundi sekiranya berlaku banjir semasa hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini. 

    Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya telah bersedia dengan kekuatan anggota serta aset untuk memastikan perjalanan hari pengundian berjalan dengan lancar.

    “Kita tengok sekiranya masa mengundi banjir kita telah bersetuju dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) supaya ada PPS yang akan dijadikan tempat mengundi dan kita telah atur tenaga kerja dan aset untuk pastikan perjalanan mengundi di PPS terpilih berjalan lancar.

    “Di Kemaman dijangka banjir tetapi belum lagi, namun kita harap semasa mengundi nanti tak banjir dan kalau banjir kita dah bersedia dan susun strategi,” katanya pada sidang media di Chukai hari ini.

    Terdahulu, beliau meninjau proses pengundian secara pos oleh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia serta anggota tentera di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman hari ini.

    PRK Parlimen Kemaman menyaksikan bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakil Barisan Nasional (BN) berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

    Mengenai proses pengundian hari ini, Mazli berkata ia melibatkan 342 anggota PDRM dan tiga tentera yang melaksanakan tanggungjawab mereka di dua lokasi melibatkan IPD Kemaman dan Balai Polis Pasir Gajah.

    “Alhamdulillah hari ini berjalan lancar, PDRM ambil pendekatan mendaftarkan semua pengundi warga PDRM di Kemaman ini untuk undi pos … ini kerana kalau warga PDRM ini mengundi awal (pada 28 November) dah banjir, kita akan menghadapi kesukaran menjalankan tugas menyelamat mangsa banjir,” katanya.

    ALSO READ:  Football-NFL-Fans and players savour London series opener in Tottenham as Vikings triumph

    Mazli berkata baki tiga lagi pengundi awal yang merupakan pasangan tentera akan melaksanakan tanggungjawab mereka pada 28 November di Balai Polis Kijal. 

    Ditanya berhubung laporan polis sepanjang kempen PRK Kemaman, Mazli berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan sepanjang seminggu kempen berlangsung yang membuktikan kedua-dua parti bertanding mematuhi segala peraturan dan undang-undang.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts