Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKematian lelaki dalam lokap Balai Polis Sungai Besar tiada unsur jenayah -...

    Kematian lelaki dalam lokap Balai Polis Sungai Besar tiada unsur jenayah – Polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bedah siasat ke atas seorang lelaki yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Balai Polis Sungai Besar, Selangor mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah.

    Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad dalam satu kenyataan berkata bezah siasat ke atas lelaki berusia 49 tahun itu dijalankan di Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 4.20 petang semalam dan ujian pengesanan Covid-19 juga menunjukkan keputusan negatif.

    “Hasil bezah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan dan punca kematian masih pending laboratory investigation,” katanya dalam kenyataan.

    Azri berkata lelaki itu ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 26 Okt dan ditahan di lokap berkenaan untuk siasatan lanjut.

    “Pada 27 Oktober 2023 jam lebih kurang 3.30 pagi, anggota petugas lokap dapati orang kena tangkap (OKT) dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri. Pihak hospital segera dihubungi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    “Pada jam lebih kurang 4.40 pagi, penolong pegawai perubatan telah hadir dan membuat pemeriksaan ke atas OKT serta mengesahkan kematian,” katanya.

    Menurutnya Unit siasatan jenayah dan kematian dalam tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts