Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKembara Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada

    Kembara Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kembara Kenali Borneo, satu penjelajahan epik 11 hari yang mencetus fenomena luar biasa, bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.

    Kembara Kenali Borneo mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali, negara ini menyaksikan Ketua Utama Negara mendekati penduduk di Sabah dan Sarawak, tanpa rasa kekok bermesra dengan rakyat pelbagai suku kaum, adat resam dan budaya unik.

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengetuai konvoi Kembara Kenali Borneo ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta paduka anakanda bukan sahaja berjaya merealisasikan impian Seri Paduka berdua untuk menemui rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak bahkan mendengar luahan dan rintihan rakyat yang dahagakan pembangunan.

    Ingin merasai sendiri ‘perjalanan kehidupan’ rakyat di Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang, Al-Sultan Abdullah berkenan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda mengharungi perjalanan sejauh 2,332 kilometer (km) lebih daripada jangkaan asal iaitu 2,154km, merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, menurut Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya.

    “Tempoh perjalanan Tuanku adalah 87 jam 40 minit secara keseluruhannya masa memandu dalam kereta (selama 11 hari). Ini sangat hebat,” katanya semasa temu bual eksklusif bersama Bernama.

    Mohamed Zahari, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Kembara Kenali Borneo, berkata objektif utama bagi merealisasikan impian Seri Paduka berdua tercapai setelah hasrat pasangan diraja itu untuk meluangkan masa serta merasai sendiri kehidupan dan keunikan budaya penduduk di Sabah dan Sarawak dipenuhi menerusi pelbagai program dan acara yang diadakan.

    ALSO READ:  4 Menteri besar PAS dapatkan nasihat Mahathir, Hadi

    “Saya rasa berbalik kepada objektif masa hendak memulakan Kembara Kenali Borneo ini iaitu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo, kemudian merasai makanan tempatan dan bertemu rakyat. Paling hebat adalah saya rasa majlis bertemu rakyat sehinggakan Seri Paduka berdua amat gembira dan terharu dengan sambutan diberikan rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

    Berangkat sama dalam kembara di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

    Sebelum itu, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana berangkat bagi penjelajahan kembara di Sabah yang berakhir pada 7 Sept, sebelum memasuki Sarawak menerusi Brunei pada 9 Sept.

    Kembara Kenali Borneo bermula dari KM 0 di Tawau, Sabah pada 3 Sept menamatkan pengembaraan di KM 0 di Telok Melano, di selatan Sarawak, semalam, memahatkan pelbagai memori manis yang sukar dilupakan terutamanya sambutan luar biasa diberikan penduduk di kedua-dua Negeri terhadap Seri Paduka berdua serta delegasi.

    Petugas Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang mengikuti Kembara Kenali Borneo menyaksikan sendiri kemeriahan rakyat meraikan keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan ‘pesta lambaian’ daripada penduduk di Sabah dan Sarawak sentiasa mewarnai suasana di bahu jalan sepanjang perjalanan Seri Paduka berdua bersama rombongan dari pagi hingga ke malam mahupun cuaca panas atau hujan.

    Selain ‘Daulat Tuanku’, ungkapan ‘We love you, Tuanku’ dan ‘Terima kasih, Tuanku’ sentiasa mengiringi serta menggamit suasana sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo dan lebih mencuit rasa ialah semua yang setia menunggu itu berada di tepi jalan lima jam lebih awal untuk menyaksikan keberangkatan Seri Paduka berdua melalui kawasan mereka.

    ALSO READ:  Penduduk Kg Labuan diusir, berlindung di pondok buruk

    Biarpun menunggu lama, Mohamed Zahari berkata kebanyakan mereka meluahkan perasaan gembira serta berbaloi dapat melihat Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan lebih dekat kerana ia merupakan kali pertama dan satu-satunya peluang bagi penduduk di kawasan pedalaman Sabah dan Sar

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts