Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kemenangan PH di KKB bukan disebabkan kenaikan gaji penjawat awam'

    'Kemenangan PH di KKB bukan disebabkan kenaikan gaji penjawat awam'

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemerhati politik menafikan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyebabkan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Kecil berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

    Sebaliknya, kata mereka, keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan serta bantuan daripada Umno di lapangan merupakan faktor utama yang membantu PH dan DAP mengekalkan kerusi tersebut.

    Bagi penganalisis politik di Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali berkata penjawat awam menaruh keyakinan kepada matlamat dasar dan pentadbiran kerajaan PH, menyebabkan mereka cenderung mengundi gabungan parti pemerintah pada PRK itu.

    “Saya tidak rasa bahawa ia (kemenangan PH) berlaku hanya kerana pengumuman yang dibuat Perdana Menteri mengenai kenaikan gaji penjawat awam, tetapi ia kerana keyakinan mereka lebih terarah kepada dasar-dasar kerajaan di bawah pentadbirannya.

    “Di bawah pentadbiran Anwar, keyakinan pelabur meningkat dan pada masa yang sama, kualiti perkhidmatan dan kebajikan penjawat awam diberi lebih perhatian,” katanya kepada Malaysiakini.

    Dia menyebut mengenai peralihan sokongan angota keselamatan yang sebelum ini mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya Negeri (PRN) tahun lalu, kebanyakannya mengundi PH semalam.

    Sementara itu, felo kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan pula berpandangan pengumuman Anwar mengenai kenaikan gaji penjawat awam tidak langsung mempengaruhi undi pengundi Melayu.

    “Ia (kenaikan sokongan pengundi Melayu) bukan disebabkan kenaikan gaji (yang diumumkan) Anwar. Tidak, saya tidak fikir begitu.

    “Anwar tidak pernah turun berkempen di Kuala Kubu Bharu, tetapi Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari yang menjadi ikon PH (untuk kempen),” katanya.

    Azmi berkata sokongan Melayu dalam pilihan raya kecil itu disumbangkan oleh oleh Umno.

    Menurutnya, parti Melayu itu menjadi watak penting dalam mematahkan naratif perkauman dimainkan PN di kerusi berkenaan.

    ALSO READ:  Bapa cuba bawa jenazah anak balik dari N Zealand

    “Melihat kepada retorik yang dimainkan PN ketika kempen, saya rasa terdapat sedikit peralihan, mungkin hanya 4 ke 5 peratus undi kepada PH dari kalangan pengundi Melayu berbanding pilihan raya Negeri tahun lalu.

    “Seperti yang kita lihat bagaimana jentera kempen Umno berfungsi, mereka menyasarkan kumpulan pengundi Melayu, bermakna interaksi (dengan pengundi) mereka lebih peribadi,” katanya.

    Tambahnya, ini adalah punca mengapa enam daripada lapan daerah mengundi dengan majoriti Melayu di kerusi berkenaan dimenangi PH.

    Mazlan menguatkan pandangan ini dengan menyatakan bahawa Umno mungkin telah meyakinkan ahli dan penyokong mereka untuk menyokong kerajaan perpaduan kali ini.

    Dakwaan bahawa PH memenangi kawasan majoriti Melayu du enam kawasan daerah mengundi dibuat oleh Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki semalam, yang mendakwa kawasan-kawasan itu telah ‘ditawan semula’.

    Azmi berkata dia merujuk kenyataan yang dibuat Asyraf.

    Namun, walaupun Asyraf menunjukkan foto keputusan 12 kawasan daerah mengundi, dia tidak memperincikan enam kawasan majoriti Melayu seperti yang didakwanya.

    Berikutan itu tiada maklumat mencukupi mengenai kawasan mana yang merupakan kawasan majoriti Melayu.

    Bagaimanapun, semakan Malaysiakini mendapati PH hanya memenangi dua kawasan daripada PN iaitu Pertak dan Kampung Air Jernih.

    Undi awal dan undi pos turut beralih daripada PN kepada PH dalam PRK kali ini.

    Tangkap layar yang dikongsi oleh Asyraf menunjukkan saingan sengit berlaku di Kampung Air Jernih dengan PH hanya memperoleh lebih 11 undi daripada PN.

    Tahun lalu, PN memenangi daerah mengundi tersebut dengan kelebihan 17 undi berbanding PH.

    ‘Tiada perubahan ketara’

    Walaupun penganalisis politik seperti Mazlan, Azmi dan beberapa yang lain menyifatkan keputusan di Kuala Kubu Bharu menunjukkan peningkatan sokongan Melayu kepada PH namun tidak semua pemerhati politik bersetuju dengan perkara tersebut.

    ALSO READ:  Mosti salur RM33 juta bagi penyelidikan vaksin

    Penganalisis daripada Universiti Islam Malaysia (UIAM), Syaza Shukri berkata kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh terhadap trend mengundi dan perbandingan dengan PRN tahun lalu tidak menunjukkan perubahan ketara sokongan pengundi Melayu terhadap PH.

    “Apabila saya menganalisa gambaran keseluruhan dan membandingkan angka dengan pilihan raya Negeri tahun sebelumnya, saya tidak melihat perbezaan yang ketara.

    “Dalam kata lain, saya tidak melihat perubahan yang ketara pengundi Melayu yang menyokong PH. Anggaran 15-20 peratus undi Melayu untuk PH dilihat konsisten dengan prestasi tahun lalu. Tiada pihak yang benar-benar meraih kejayaan yang ketara,” katanya.

    Sebaliknya, dia berkata corak pengundian Melayu kekal stabil jika dibanding tahun sebelumnya dengan PH mengekalkan tahap sokongan yang sama di kalangan masyarakat Melayu seperti sebelum ini.

    Ia selari dengan keputusan malam semalam yang menunjukkan sokongan untuk PH dan PN tidak berubah, masing-masing pada 58 peratus dan 42 peratus.

    Selain itu, keputusan tidak rasmi di kawasan daerah mengundi Ampang Pechah menunjukkan PN meraih 1,839 undi – 273 undi lebih banyak daripada tahun lalu – sementara PH mendapat 100 undi kurang di kawasan tersebut dengan 1,159 undi.

    Pengundi luar

    Sementara itu, bagi PN pula, Mazlan dan Azmi menyangkal dakwaan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang menyatakan kekalahan PN antaranya disebabkan pengundi luar tidak pulang mengundi.

    Kata Mazlan, pengundi luar terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kecenderungan politik dan tidak tepat untuk menganggap kesemua mereka penyokong PN.

    “Bukan semua pengundi luar penyokong PN, begitu juga tidak semua daripada mereka menyokong PH.

    “Alasan ini gagal mengambil kira kepelbagaian latarbelakang politik di kalangan mereka yang mengundi dari luar kawasan pilihan raya mereka sendiri,” katanya.

    ALSO READ:  Gagal bawa usul tergempar, PN dakwa Speaker mungkir janji

    Senada dengan Mazlan, Azmi berkata PN harus menyalahkan diri sendiri atas kegagalan menawarkan pilihan yang lebih baik dan kegagalan memikat hati pengundi.

    Azmi berkata kempen PN hanya mengulang perkara yang sama.

    “Saya rasa kesilapan terletak pada PN, strategi kempen mereka, kerana mereka tidak menawarkan apa-apa, kecuali (menggunakan naratif biasa mereka) untuk digunakan sebagai bantahan terhadap pentadbiran kerajaan Negeri dan persekutuan.

    “Katakanlah pengundi luar adalah penyokong PN, untuk mereka datang ke Kuala Kubu Bharu untuk mengundi (PN), tidak cukup berbaloi kerana pengundi-pengundi ini perlu mengeluarkan wang dan masa mereka (untuk perjalanan balik),” katanya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts