Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKemenangan Prabowo dianggap penggal ketiga Jokowi

    Kemenangan Prabowo dianggap penggal ketiga Jokowi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Media di Indonesia memberi tanggapan pengaruh Presiden Joko Widodo (Jokowi) begitu tebal di sebalik kemenangan besar gandingan Prabowo Subianto dan Gibran Rabuming Raka dalam pilihan raya umum presiden (Pilpres) yang baru berlangsung 14 Feb lalu.

    Umum mengetahui Jokowi condong menyokong gandingan Prabowo yang bergandingan dengan anak sulungnya itu.

    Ia juga bermaksud Jokowi ‘derhaka’ kepada partinya sendiri Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDPI) yang mengemukakan gandingan Ganjar Pranowo dan Mahfud MD.

    Ketua Pengarang IDN Times, Uni Lubis, menyifatkan kemenangan gandingan Prabowo-Gibran itu sekali gus menjadi penggal ketiga buat pentadbiran Jokowi.

    Lebih mengejutkan, jelasnya, kemenangan tidak rasmi melalui kiraan pantas (quick count) itu diluar jangkaan berbanding tinjauan sebelum Pilpres 2024 berlangsung.

    Uni Lubis

    “Kami media tempatan di sini sudah menduga Probowo akan merangkul kemenangan tetapi perkara yang mengejutkan ialah dia dijangka tidak akan berdepan pusingan kedua susulan undian daripada dua pesaingnya yang sedikit khususnya daripada Ganjar.

    “Sudah tentu pengaruh Jokowi memainkan perananan besar dalam pencapaian itu, malah kemenangan itu boleh dianggap sebagai penggal ketiga buat Jokowi,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Jakarta, kelmarin.

    Terdahulu 15 orang wartawan Malaysia melalui program Jejak Serumpun anjuran Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia (Iswami) diberi pendedahan meliputi Pilpres 2024.


    Dalam program itu juga peserta antara lain dibawa melawat ke beberapa syarikat penerbitan berita di Indonesia antaranya IDN Times, Antara News dan The Jakarta Post.

    Sementara itu Ketua Pengarah The Jakarta Post M Taufiqurrahman berkata Pilpres 2024 menjadi kempen pilihan raya yang begitu mendapat sorotan media disebabkan situasi yang dicetuskan oleh Jokowi.

    M Taufiqurrahman

    Dakwanya, campur tangan oleh Jokowi termasuklah membenarkan anak sulungnya dicalonkan sebagai calon naib presiden.

    ALSO READ:  Beberapa kawasan di Ipoh dilanda banjir kilat

    Probowo umum menang

    Kata Taufiqurrahman, dakwaan Jokowi menggunakan sumber kerajaan dalam kempen bagi memastikan kemenangan Prabowo-Gibran turut mengubah pandangan pengamal media terhadap tokoh yang sebelum ini digemari ramai itu.

    “Dalam pilihan raya terdahulu sokongan media kuat kepada Jokowi sehingga The Jakarta Post mungkin dilihat sedikit bias dalam pemberitaan kemenangannya, namun kali ini kami cuba bersikap natural dan laporan berdasarkan fakta-fakta yang kita terima,” katanya.

    Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Prabowo mendakwa dia sudah memenangi pilihan raya presiden republik itu.

    Berdasarkan kiraan pantas tidak rasmi empat pihak, bekas komander pasukan khas tentera berusia 72 tahun itu mendapat sokongan 58 peratus pengundi.

    Perlembagaan Indonesia mengehadkan seseorang tokoh hanya boleh menjadi presiden selama dua penggal.

    Jokowi, 62, mula menjadi presiden negara itu pada 2014 sebelum sekali lagi memenangi pilpres pada 2019 untuk penggal keduanya.

    Untuk rekod, Prabowo merupakan bekas seteru Jokowi dalam dua pilpres berkenaan.

    Pada 2014 Prabowo bergandingan dengan Hatta Rajasa, manakala lima tahun kemudian dia memilih Sandiaga Salahuddin Uno sebagai regunya.

    Pengkritik menganggap pembabitan Gibran, 36, merupakan usaha Jokowi memastikan legasinya diteruskan di republik terbabit.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts