Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKempen boikot: SKMM nafi akan guna Akta Hasutan siasat aduan McDonald's

    Kempen boikot: SKMM nafi akan guna Akta Hasutan siasat aduan McDonald’s

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan merancang untuk menggunakan Akta Hasutan terhadap pihak yang didakwa memfitnah McDonald’s.

    Unit Komunikasi Korporat SKMM berkata suruhanjaya itu ada menerima aduan daripada McDonald’s Malaysia namun tiada perbincang dibuat berhubung penggunaan Akta Hasutan.

    SKMM juga menegaskan tiada kuasa untuk menggunakan akta itu.

    “SKMM mengambil maklum terdapat hantaran media sosial yang dibuat oleh seorang pegawai kanan McDonald’s Malaysia yang menyatakan bahawa McDonald’s Malaysia telah berbincang dengan SKMM untuk mengambil tindakan terhadap beberapa individu di bawah Akta Hasutan 1948.

    “SKMM ingin menjelaskan bahawa perkara berkenaan adalah tidak benar kerana tiada sebarang perbincangan menyentuh tentang tindakan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948.

    “SKMM menerima aduan daripada Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. (McDonald’s Malaysia), dan semua aduan yang diterima oleh SKMM daripada mana-mana pihak menerima layanan sama rata.

    “Bagi perkara yang dilapor oleh McDonald’s Malaysia, tiada sebarang kertas siasatan dibuka oleh SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),” katanya dalam kenyataan semalam.

    SKMM juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah.

    Pada 3 November lalu, ketua pegawai teknologi McDonald’s Malaysia Zaid Hasman mendakwa Akta Hasutan akan digunakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah berkaitan syarikat itu.

    Ia susulan gesaan boikot terhadap restoran makanan segera tersebut di tengah serangan Israel di Gaza.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts