Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKempen galak orang Cina sertai sektor awam mungkin tak berjaya

    Kempen galak orang Cina sertai sektor awam mungkin tak berjaya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta orang Melayu tidak berasa bimbang dengan program menggalakkan masyarakat Cina negara ini menyertai sektor perkhidmatan awam.

    Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Nordin, juga kelihatan agak meragui usaha menarik golongan terbabit akan memberi kesan signifikan bahkan menganggapnya sebagai suatu kempen “kitar semula”.

    Katanya, sebelum ini usaha tersebut pernah dibuat namun kurang mendapat sambutan.

    “Lazimnya masyarakat Cina di negara ini tidak suka bekerja atau bergantung kepada kerajaan kerana membuat mereka seperti terikat, khususnya melibatkan bidang ketenteraan, polis dan bomba.

    “Mereka kebanyakannya suka pekerjaan yang berorientasikan perniagaan dan bidang komputer.

    “Ia ditambah pula faktor budaya mereka tidak suka bekerja tetap di sesuatu tempat. Mereka suka ke berpindah tempat kerja yang menawarkan gaji lebih besar,” katanya.

    Abdul Rahman Nordin

    Pada masa sama Abdul Rahman berkata dia melihat galakan terbaru untuk masyarakat Cina Malaysia merupakan satu lagi episod gagal dalam usaha kerajaan mewujudkan kesaksamaan dalam sektor perkhidmatan awam.

    Terdahulu, media melaporkan ada usaha dibuat untuk menarik lebih ramai orang Cina menyertai kerajaan sebagai kakitangan awam dengan kempen permulaan dibuat di Melaka pada Ahad ini.

    Sekadar kosmetik, tiada impak

    Usaha tersebut diumumkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chan Ming Kai, beberapa hari lalu, sebagai langkah menangani perbezaan kaum di peringkat awam rendah.

    Selepas Melaka, kempen sama akan dibuat di lokasi utama seluruh negara termasuk Petaling Jaya, Segamat, Muar, Johor Bahru, Pontian, Kluang, Ipoh, Taiping, Teluk Intan, Butterworth dan Kangar.

    Bagaimanapun cadangan itu mendapat pelbagai reaksi.

    Pemuda Umno Malaysia semalam berpendapat sasaran kempen itu sepatutnya tidak ditujukan kepada masyarakat Cina saja sebaliknya untuk semua bangsa lain.

    ALSO READ:  Kerajaan tidak pernah abaikan M40 - Anwar

    Ketua Pemuda Umno Malaysia Dr Akmal Saleh berkata rakyat Malaysia dari bangsa bukan Melayu lain juga wajar ditarik sama menyertai sektor awam terutama dalam bidang ketenteraan.

    “Yang keduanya, Pemuda Umno Malaysia meminta kerajaan menghalang mana-mana syarikat swasta dalam negara ini yang hanya mensyaratkan untuk mengambil pekerja hanya berdasarkan kaum mereka sahaja, ataupun meletakkan syarat untuk tahu berbahasa selain daripada bahasa Melayu,” katanya.

    Sementara itu Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan menganggap kempen kerajaan itu hanyalah bersifat kosmetik dan tidak akan memberikan impak yang besar kecuali isu pokok membabitkan isu budaya dan diskriminasi ditangani.

    S Arutchelvan

    Menurut Arutchelvan, orang Cina pada umumnya mempunyai mentaliti tidak suka bekerja sebagai anggota kerajaan kerana sektor itu dianggap terlalu didominasi oleh kaum bumiputera khususnya Melayu.

    Katanya sejak kecil anak-anak Cina diajar berdikari dan belajar bersungguh-sungguh tanpa mengharap kepada kerajaan agar apabila dewasa nanti dapat bekerja dengan syarikat swasta yang lebih menguntungkan.

    “Kempen ini tidak akan memberikan sebarang penyelesaian selagi punca masalahnya – iaitu sistem kuota yang mengutamakan bumiputera – tidak ditangani.

    “Walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menyatakan pengundian perkhidmatan awam adalah berdasarkan merit namun secara terpendam sistem kuota masih diamalkan,” katanya.

    Interaksi antara kaum lebih baik

    Berbeza dengan pandangan Abdul Rahman dan Arul, ahli ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajuddin pula tidak menolak kemungkinan kempen tersebut akan mendapat sambutan daripada orang Cina.

    Berdasarkan pemerhatiannya terlibat dalam program kaunter bergerak pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu) bersama pejabat Parlimen Ampang, dia melihat sambutan lebih menggalakkan daripada kaum Cina.

    “Di kawasan majoriti orang Melayu pula kami hanya mampu mendapat puluhan angka namun di kawasan penduduk Cina, kami boleh dapat lebih 1,000 orang,” katanya.

    ALSO READ:  Bina semula hidup selepas cuba bunuh diri, tapi semua haru-biru akibat scam

    Berdasarkan keadaan itu, kata bekas pegawai khas Menteri besar Selangor itu, dia melihat ada petanda orang Cina kini lebih terbuka dan sedia menyambut baik polisi kerajaan perpaduan.

    Penyelidik di firma penyelidikan bebas, O2 Malaysia, Anis Sina, berpendapat sektor perkhidmatan awam adalah medan terbaik bagi mewujudkan interaksi yang berkesan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

    Situasi itu, menurut Anis, sukar berlaku dalam sektor swasta khususnya bagi kategori multinasional kerana mereka lebih mengutamakan nilai global berbanding tempatan.

    “Penjawat awam bertanggungjawab untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat sebagai pelanggan khususnya dari segmen lapangan

    “Ini dapat dijadikan platform interaksi buat penjawat awam bukan Melayu dengan pelbagai segmen masyarakat.

    “Dengan interaksi sedemikian, gaya hidup yang sebelum ini masih terhad kepada komuniti tertentu akan berubah menjadi lebih terbuka, manakala semangat saling faham memahami akan lebih terzahir,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts