Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKemungkinan ketegangan meningkat, Miti pantau rapat keadaan di Timur Tengah

    Kemungkinan ketegangan meningkat, Miti pantau rapat keadaan di Timur Tengah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) memantau dengan teliti laporan mengenai konflik di Timur Tengah yang berkemungkinan meningkatkan ketegangan di rantau berkenaan.

    Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata setakat ini penghantaran melalui laluan perkapalan di Laut Merah “masih agak tenang pada masa ini”.

    “Bagaimanapun, harga minyak akan terjejas sekiranya keadaan semakin meruncing kerana laluan itu merupakan laluan utama untuk eksport minyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis memulakan pembinaan fasiliti pembuatan baru MCE Holdings Bhd (MCE), iaitu MCE Auto Hub, di Taman Pembuatan Bernilai Tinggi Serendah, Selangor.

    Pada masa ini, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.31 peratus kepada US$87.38 setong manakala minyak mentah WTI naik 0.47 peratus kepada US$83.12 setong.

    Terdapat kebimbangan bahawa dengan meningkatnya konflik di antara Iran dan Israel boleh menyebabkan ketidakstabilan di rantau Teluk Parsi dan mengganggu laluan perkapalan hingga boleh memutuskan bekalan di antara Eropah dan Asia, termasuk Malaysia.

    MCE Auto Hub yang akan ditubuhkan oleh anak syarikat milik penuh MCE, Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd kini sedang memulakan pembinaan fasa pertamanya dengan pelaburan awal RM50 juta di tanah seluas 3.24 hektar.

    Multi-Code Electronics ialah pengeluar peralatan tulen (OEM) yang mengkhusus dalam bahagian elektronik automotif dan mekatronik.

    Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Zafrul berkata pembangunan MCE Auto Hub adalah bukti kerajaan dan dasar strategik Miti untuk mendorong ke arah pertumbuhan dan inovasi dalam sektor automotif Malaysia.

    “Pembangunan MCE Auto Hub akan terus menyumbang kepada pertumbuhan sektor automotif yang kini menyumbang kira-kira RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, sambil menyediakan 700,000 pekerjaan.

    ALSO READ:  Rangka manusia ditemukan di Sungai Malim

    “Pencapaian penting ini menandakan permulaan rancangan 10 tahun untuk mengukuhkan kedudukan MCE dalam elektronik automotif, apabila industri automotif semakin beralih ke era kenderaan elektrik (EV),” tambahnya.

    Dengan komitmen MCE terhadap pelaburan keseluruhan di antara RM150 juta hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang, syarikat itu bersedia untuk terus mendahului kemajuan teknologi, kata Tengku Zafrul.

    “Kemudahan baru ini juga akan meningkatkan keupayaan pengeluarannya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi komponen dan sistem elektronik yang lebih canggih untuk kenderaan EV dan enjin pembakaran dalaman (ICE).

    Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MCE Dr Goh Kar Chun berkata pembinaan fasa pertama kemudahan baru itu dijangka siap menjelang akhir tahun, dengan operasi dijadualkan bermula pada 2025.

    “Pelaburan itu menandakan matlamat kami untuk menerajui pembekalan peralatan elektronik automotif dan mekatronik di rantau ini, memanfaatkan kelebihan Malaysia dalam industri elektrik dan elektroniknya yang sangat mantap, meningkatkan kapasiti kami bagi membekalkan produk canggih yang direka, dihasilkan dan dibuat di Malaysia,” katanya.

    —Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts