Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kenang jasa Salahuddin' - PN digesa tak bertanding PRK Pulai, Simpang Jeram

    ‘Kenang jasa Salahuddin’ – PN digesa tak bertanding PRK Pulai, Simpang Jeram

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang pemimpin PKR hari ini menggesa PN agar tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram – susulan kematian penyandangnya Allahyarham Salahuddin Ayub – pada 9 September depan. Timbalan setiausaha agung PKR Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata ini sebagai tanda penghormatan kepada Salahuddin, seperti keputusan BN yang tidak bertanding dalam PRK DUN Chempaka susulan pemergian Allahyarham Nik Aziz Nik Mat pada 2015.
    “Walaupun berbeza ideologi politik, Allahyarham Salahuddin merupakan tokoh yang dihormati oleh semua pihak. Dia terkenal dengan sifat merendah diri, watak yang lemah lembut dan jasa kepada rakyat dan negara yang perlu dihargai. Maka, saya berharap PN dan parti-parti lain tidak akan meletakkan calon pada PRK ini sebagai tanda hormat Allahyarham,” katanya kepada Malaysiakini.

    Salahuddin yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia pada 23 Julai lepas, pada usia 61 tahun. Dia meninggal dunia tidak lama setelah menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 September. Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan pula adalah pada 26 Ogos dan 5 September.

    BN telah mengumumkan akan memberi laluan kepada Amanah di kedua-dua PRK itu, manakala Muda berkata bahawa mereka belum memutuskan sama ada untuk bertanding. Sementara itu, Sathia berkata gabungan PH-BN tetap bersedia sekiranya PN ingin meletakkan calon dalam dua PRK itu.

    “Kalau kita lihat di atas kertas, PH telah pun memenangi kedua-dua kerusi tersebut. Majoriti diperolehi PH di Parlimen Pulai melebihi 33,000 undi pada PRU15. Di Simpang Jeram, Amanah masih mampu mempertahankan kerusi DUN itu walaupun menerima saingan kuat daripada BN dan PN semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022. Maka, saya lihat peluang PN rampas kedua-dua kerusi itu sangat tipis, lebih-lebih lagi PH dan BN kini berada dalam satu gabungan,” katanya.

    ALSO READ:  New MP must work with the people for the people, say voters

    Pada PRN Johor, Salahuddin mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti 2,399 undi.

    Allahyarham Salahuddin Ayub
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts